Followers

Jul 5, 2011

Hati Venna milikmu Herri

       Dia masih di situ.Menunggu hadirnya teman setia yang sudah seminggu tidak menghubunginya.Kadang-kadang terdetik rasa keliru dengan temannya itu.Penuh dengan rahsia.Menimbulkan satu persoalan di benak fikirannya.Seminggu ini Herri langsung tidak menjengah dan juga tidak menghubunginya.Berkecil hatikah Herri dengan ucapannya semalam?"Venna..."Dia menoleh.Temannya muncul jua.Senyuman terukir."Herri pergi mana?Satu minggu langsung tak hubungi Vee?"Temannya itu tersengih."Saja...Vee rindu Herri tak?"Senyuman terukir lagi.
"Tak ada masa tau tak?Ingatkan Herri merajuk.Bawak diri.Vee tak reti tau bab pujuk memujuk ni."Venna melurut rambutnya yang sedikit serabut disapa angin petang.
    "Herri balik kampung.Umi nak Herri kahwin."Herri menunggu reaksi dari Venna.Sepi.Tiada riak perubahan pada wajaH itu.Perempuan ni memang tiada perasaan atau memang bijak sembunyikan rasa?"Dengan sapa?Vee kenal ke?"Herri mengeluh.Jawapan yang di luar jangkaannya."Cousin Herri."Venna tergelak kecil.Herri mengerutkan keningnya."Zaman apa ni?Umi Herri tak ada calon lain ke?"Herri mula senyum.Terdetik hati untuk menduga Venna."Herri ajak Vee kahwin tak nak?"Venna melopong."Bila masa Herri ajak Vee kahwin?"Venna menahan geram.”Oh…tak cakap ek?Kalau macam tu,kita kahwin.”Bola mata Venna membulat.”Herri kalau nak begurau pun kena pilih gurauan yang boleh buat vee gelak bukan gurauan yang menyakitkan hati,dan buat Vee geram.”Venna berpeluk tubuh.
    Herri menggaru kepalanya yang tidak gatal.”Kalau macam tu,susahlah nak jumpa Vee nanti bila Herri dah kahwin.”Herri mengeluh kecil.”We still friend kan?”Gelengan Herri membuatkan Venna hairan.”Herri kalau dah kahwin,takkan boleh selalu nak jumpa Vee.Nak buat wife Herri cemburu?Hati seorang isteri kena jaga tau…”Venna mencebik.Setianya ucapan.”Vee terasa lapar tau dengar celoteh petang Herri ni. Kalau Herri tak nak Vee terkena gastrik,baik kita pergi makan.”Tangan Herri ditariknya.Geram rasanya Herri dengan reaksi Venna.Takkan Venna langsung tak memahami segala perhatiannya.Dia sayangkan Venna lebih dari sayang seorang teman.Ataupun Venna sengaja tidak mahu faham.
    Sepanjang menemankan Venna makan,Herri sengaja mendiamkan diri.Malas rasanya untuk melayan Vennna yang tidak mengerti akan hatinya.”Herrri balik dulu.”Herri bingkas bangun.”Vee tak habis makan lagilah…”Venna geram.”Herri nak ambik tunang kat stesen.”Venna menarik tangan temannya itu.”Vee ikut?”Herri menjegil.”Tak boleh.Kang dia cemburu nanti camner?Bukan semua orang macam Vee yang…”Herri diam.Tidak meneruskan katanya.Geram rasanya dengan Venna.”Herri pergi..Lainkalilah kenalkan dengan Vee.”Venna termangu melihat langkah Herri.Macam ni ke nanti keadaannya bila Herri dah kahwin nanti?.Mesti sunyi tanpa Herri di sisinya.
    Herri termenung memandang kosong hidangan di atas meja.Hairan Hetti melihat tingkah abangnya itu.”Abang ni macam hilang bini tau…Makanlah.Nanti cengkung mak ingat adik tak masak untuk abang.’’ Hetti hairan melihat tingkah abangnya.Sejak dari stesen tadi abangnya itu diam je.’’Adik….Macam mana nak tau kalau perempuan suka kat kita?”Hetti gelak kecil.”Pasal makwe rupanya..Nape?Abang dah jumpa calon ke?Yang abang tolak kak Shaaza nape.Sekarang dah pening pala.Mak dah pesan kalau tak bawak calon,dia nak pinang gak kak Shaaza untuk abang.Abang cakaplah kat makwe tu yang abang suka kat dia.Habis cerita.Kalaupun dia suka kat abang takkan dia yang terhegeh cakap kat abang.Malu lah.”Herri menarik nafas.Dia takut Venna akan menolaknya.”Abang takut dia tak terima abang.Dia tu lain dari yang lain.”Hetti mendengus geram.”Baik abang cuba dari tak cuba lansung.Kang dia pun suka kat abang camner?Nanti kisah cinta abang tergantung macam tu je.Sapa yang rugi?Abang dah tiga puluh satu tahun tau?Mak nak abang cepat-cepat kahwin.”Herri mengeluh.”Daripada abang mengeluh depan adik, baik abang cakap kat bakal kakak ipar adik tu cepat.
    Malam itu susah rasanya Herri hendak melelapkan matanya.Terkenangkan Venna.Mesti Venna berkecil hati dengan tingklahnya petang tadi.Dia resah.Bagaimana hendak dia berdepan dengan Venna nanti?Terkenangkan Venna yang hidup seorang diri selepas pemergian keluarganya dalam kemalangan yang lalu.Herri makin serba salah.Dalam masa yang sama dia geram dengan Venna.Lansung tidak mengerti akan layanannya dan perhatiannya selama ini.Herri memandang telefon di atas meja. Terasa hendak menghubungi Venna.Tapi takut kalau-kalau dia mengganggu Venna nanti.Esok saja dia jumpa Venna dan menerangkan segalanya.Benar apa kata adiknya.Takkan perigi mencari timba.Mungkin Venna malu untuk berbicara soal hatinya pada Herri.Segala apa yang mereka lalaui selama ini cukup indah.Tiga tahun berkawan sudah cukup untuk menilai diri masing-masing.Dia memasang azam.
      
     Venna termenung di depan komputernya.Fail di atas meja tidak terusik.Hubungannya dengan Herri terlalu rumit.Dia juga tidak pasti apakah dia menganggap Herri seperti sahabat atau lebih dari itu.Jika Herri tiada di sisi dia terasa sunyi dan kosong.Dia  takut akan kehilangan Herri.Sejak semalam dia terasa Herri seperti mahu menjauhkan diri.Biasanya mereka sarapan bersama sebelum masing-masing ke tempat kerja.Tepukan di bahunya mengejutkan lamunan Venna.”Jauh kau menung.Nasib aku yang datang.Kalau si kumis terjungkit tu datang cam ner?Pagi-pagi dah  macam biskut lemau nape?”Venna terusik dengan kata-kata Fairuz teman ofis nya itu.”Biskut lemau?Tak ada kiasan lain ke kau nak cakap?Yang kiau dah menyibuk kat meja aku ni ada apa?Nak hantar jemputan Kahwin?Venna pula mengusik.Fairuz menggeleng.“Bapak angkat kita nak jumpa.Ada meeting sikit.Sebelum dia naikkan misai baik kita pergi..”Venna menurut langkah temannya itu.

                           ************************************************************
     Herri memandang jam di tangannya.Terasa lambat masa berlalu.Dia ingin sangat bertemu Venna. Pagi tadi dia menghantar Hetti ke kampus.Tidak sempat untuk bersarapan dengan Venna.Mesti Venna juga tertunggu dan hairan.Kebiasaan mereka untuk bersarapan bersama.Herri terus saja menyiapkan kerjanya yang tertangguh.Minggu ini dia sibuk sedikit.Mungkin tiada masa untuk meluangkan masa dengan Venna seperti kebiasaannya.Mana lagi berkejar untuk berjumpa klien.Syarikat yang baru hendak bertapak seperti syarikat mereka mesti bersaing dengan syarikat besar yang lain.”Tak lunch ke?Ke nak lunch dengan buah hati.”Teguran itu menyedarkan Herri yang tengah kusyuk menyudahkan kerjanya. Dia melihat jam di tangan.Tidak sedar bila masa berlalu.”Kita lunch sekali lah.Mesti Vee dah lunch.”Ujar Herri pada temannya.
     Sebaik saja menjejak kaki ke medan selera,suasana riuh.Ramai orang yang menjamu selera di situ.Untung tauke kedai makan.Mata Herri melilau mencari meja kosong.Ada tangan yang melambai ke arahnya.Venna?Herri tergamam.Firas mencuinya.”Makwe kau lambai tu.Memang ada jodoh le kau dengan dia.Jom lah.Kebetulan dia ada.Kita dah lah takde meja ni.Dari menunggu denganb perut kosong,baik kita join dia.”Herri mendekati Venna.”Ingatkan Vee dah makan.Malas rasanya nak ganggu. Takut Vee tengah rehat ke apa…”Venna tersenyum.”Ada meeting sekejap sebelum nak lunch.Lambat keluar.Firas dah pergi order.Vee dah order air untuk Herri.Nasik belum.Takut selera tukar hari ni.” Herri pula tersenyum.Firas sudah tenggelam dalam lautan pengunjung di medan selera.
    ‘’Vee nak apa?Herri ambik kan.Ramai sangat orang.Berhimpit nanti.Tak saelesa mata nak tengok badan Vee kena himpit.”Venna tersengih.Dia tahu Herri mesti bergurau.Tapi wajah di depannya itu tampak serius.Firas muncul menatang nasi di tangan.”Ramai sangat orang.Nasib ler aku ni badan kecik. Kau orang pergilah.Aku jaga table.”Venna terus saja menurut langkah Herri.Herri sentiasa memastikan gadis idamannya itu sentiasa di sisi.Sesekali dia merapatkan badannya untuk melindungi badan Venna terkena langgar.”Vee ambik je apa-apa untuk Herri.Janji ada lauk goreng dan kuah.”Venna cepat-cepat menyedok nasi dan mengambil lauk.Senyuman terukir.Mereka terus saja menghampiri Firas yang tengah sedap menjamu selera.”Ai….Tak menyempat dah?’’Teman yang di tegur tersenyum.”Aku cepat-cepat ni,nak bagi peluang kau orang berdua. Kang menyemak kat sini..Kacau daun je.Aku gerak dulu.”Firas berlalu.”Kita ke mall jap nanti.Nak beli barang dapur sikit.Hetti dah membebel kat rumah tadi.Petang nanti Vee tunggu Herri kat taman.’’Herri bersuara.
    Sesudah makan,terus saja langkah dihalakan ke mall.Herri menolak troli,sementara Venna setia di sisinya.”Dah tau ke nak beli apa?Tak bawak list?”Herri tersengih.”Sebab tu Herri ajak Vee.”Hidung Venna dicuitnya.Venna mencebik.”Nak upah lepas ni.”Usik Venna.Herri tersenyum.``Nak cincin kahwin ke?Dah ada Herri sediakan.Tunggu nak sarungkan kat jari Vee lagi.”Venna mencerutkan mukanya.``Herri serius lah Vee.Be my wife…”Venna menarik mukanya.Entah apa agaknya mimpi Herri ajak dia kahwin.Dah tu tak pilih tempat pulak tu.Dekat mall ni pun boleh dia tanyakan.Herri menunggu kata putus dari Venna. ``Vee tak tau nak kata apa.Bagi Vee masa dulu.”Herri diam.Tak guna dia memaksa.Kalau terlampau mendesak takut Venna terus menjauhkan diri.
    Sepanjang perjalanan balik ke pejabat,masing-masing mendiamkan diri.Baik Herri mahupun Venna lansung tidak bersuara.Terasa asing suasana tika itu.Terdengar keluhan kecil dari Herri.Venna menoleh. ``Herri tak akan paksa Vee terima Herri.Kalau macam ni keadaannya tiap kali Herri ajak kahwin kita terasa begitu asing,baik kita bersahabat terus.”Venna terpaku.Herri tampak kurang bersemangat bila bersuara.Bukan itu niat Venna.Dia memang sayangkan Herri dan takut untuk kehilangan Herri.Dalam masa yang sama dia takut umi Herri sukar untuk menerima dia.Umi Herri ada pilihannya.    
     Herri memberhentikan keretanya di depan pejabat Venna.``Nanti call Vee.Tadi janji nak jumpa kat taman.” Herri Cuma mengangguk.Venna memerhati kereta Herri berlalu.Herri tampaknya berkecil hati.Terasa hati kah Herri dengannya?Venna terus saja masuk.Dia bertembung dengan Encik Zainal bossnya.Encik Zainal melihat jam di tangan.``Awak pergi mana?Lambat masuk?Tak inform saya pun masuk lambat.”Suaranya kedengaran serius.``Tadi kan lunch lambat.Kami lambat lunch.Saya yang first masuk ni.”Venna menjawab perlahan.Keadaan memang masih sepi.Lelaki di depannya mengangguk.Terdengar hiruk suara temannya yang lain.Venna menarik nafas lega.Tak lamalah dia berdepan dengan lelaki serius itu.
     Jam enam.Venna terus saja tergesa-gesa keluar.Niatnya cuma satu,untuk berjumpa Herri.Dia tiba awal.Namun Herri tidak muncul.Telefon Venna berbunyi.Terduduk Venna.’’Herrie..’’Venna menitiskan airmata.Herri pulang ke kampung.Katanya umi Herri hendak mempercepatkan pernikahannya.Venna merintih sayu.Tidak kasihkah Herri padanya?Atau Herri sudah jemu untuk merayu cinta padanya.Venna mengesat airmata yang galak mengalir.Terus saja dia melangkah meninggalkan taman kenangannya bersama Herri.Terasa semangatnya hilang.Venna melangkah masuk ke rumahnya.Terasa sepi sekali. Baru hari ini dia merasa semakin sunyi selepas pemergian insan-insan yang tersayang.Foto keluarganya yang tergantung di dinding ditatap sayu.
      Deringan telefon dibiarkan lama.Terasa kabur pandangan Venna dek airmata.Venna menarik nafas. Telefon dicapai.Terdengar suara Fairuz yang mengomel padanya.Venna cuma mengangguk. Cadangan Fairuz diturutkan saja.Biarlah.Mungkin dengan ini dapat mengubati lukanya.Fairuz berjanji akan menguruskan segala persiapan.Makin deras airmata Venna.Doanya,biarlah Herri bahagia dengan pernikahannya,dan dia bahagia dengan pilihan temannya.Acapkali Fairuz merayu untuk menyatukan Venna dengan sepupunya,namun Venna menolak kerana kasihnya pada Herri.Kini Herri sudah menjadi hak milik orang lain.Dia bersetuju saja dengan usul Fairuz walaupun tidak mengenali sepupu Fairuz itu.

                                     *******************************************
     Venna memandang sayu hantaran di depan matanya.Sejak Herri berkahwin,mereka tidak berhubung lagi.Fairuz mencuitnya lembut.’’Maklong aku datang sarungkan cincin.’’Venna menghulurkan tangannya.Dia memandang wanita di depannya.Alangkah bahagia sekiranya wanita itu umi Herri.Dia tersenyum pahit.Herri tidak pernah menemukannya dengan uminya.Tangan wanita itu dikucup lembut.’’Jaga anak umi elok-elok dan bahagiakan dirinya.’’Pesanan wanita itu menerima anggukan dari Venna.Venna menunduk.Akad nikah berlansung selepas majlis pertunangan.Sayup kedengaran ucapan akad nikah di luar biliknya.Menitis airmata Venna.Hati merintih memanggil nama Herri.
    Fairuz mencuit lagi.’’Tahniah…Suami kau nak masuk.’’Venna tidak mengangkat kepalanya takut airmatanya mengalir lagi.Ubun-ubunnya dikucup lembut.Perfume itu…..Venna resah.Mukanya diangkat perlahan.Herri tersenyum memandang Venna.’’Assalammualaikum sayang.’’Venna menjawab salam Herri perlahan-lahan.Umi Herri di sisinya turut tersenyum.Di dalam hati venna mengucap syukur.Kini dia tidak meragui akan hatinya kerana untuk selamanya ‘’hati Venna untukmu Herri’’.Tubuh Venna kemas dalam dakapan umi Herri.Pandangan matanya bersatu dengan Herri.Hanya mereka yang mengerti erti pandangan itu.Semoga hari-hari yang bakal mereka lalui sentiasa indah……



                                               
                                               TAMAT
  
(Dayang Esah Tandang Sari)

0 0 Orang Yang Berani Bercakap:

Post a Comment

Nukilan Ku. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons