Followers

Jul 11, 2011

Di bawah Lembayung Kasih

  

        Diakah perempuan itu?Seorang perempuan yang telah dikhianati insan yang bernama perempuan dan juga dilukai oleh insan yang bergelar lelaki.Mereka cuma tahu melukai hati insan lain demi mencapai impian mereka tanpa memikirkan ramai hati yang terluka.Bisa luka yang ditinggalkan begitu pedih.Dan hanya Tuhan yang tahu perasaannya tika ini.Dan hanya Dia juga yang tahu kenapa diturunkan ujian se
begini. Dia juga redha menerima dengan tabah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.
     Segalanya terasa baru baginya. Tanpa dia di sisi. Dirinya terasa bagaikan dilahir semula.Diri yang baru dengan semangat yang baru.Kasih memulakan kerjanya semula setelah seminggu kes penceraiannya selesai. Setibanya di pejabat,dia disambut dengan kata-kata semangat.Alhamdulillah.Satu suntikan yang begitu membina sekali. ``Kasih ok ke?``Ain temannya memulakan bicara.Dari awal lagi dialah yang sentiasa menemaninya.Cuma hari terakhir dia terpaksa menemani kakaknya bersalin.Kasih cuma tersenyum sambil mengangguk.    Pertanyaan Ain ingin di jawab tapi terhenti bila Susan datang sambil berbisik.Kasih mengangguk.`Nanti sambung.Bos nak jumpa.Dia rindu kot?Lama tak jumpa aku.’Usiknya pada Ain.
    Langkah dihalakan ke bilik Encik Riezman Pengurus Besar syarikat..’Masuk!.’Suara dari bilik Encik Riezman membalas ketukan dari luar.Kasih masuk sambil memandang ke arah Encik Riezman yang leka mengadap komputer di hadapannya dengan kusyuk.Entah apa yang begitu menarik perhatian china muslim ini.Tanyanya dalam hati.Mahu duduk takut dia dianggap  tidak hormatkan majikan. Dia berpaling sambil tersenyum ke arah Kasih. ‘Duduklah.Ada sikit lagi nak set up ni.Kasih duduk dulu.’Kasih cuma mengangguk.Sambil dia masih hanyut dengan komputernya. Seksa lah kalau jadi makwe dia ni.Gila kerja betul.Kasih bermonolog sendiri.
    ‘Kasih,awak ok ke?’Badannya melambung.Sejak bila pulak mamat ni kat sebelah dia.’Maaf.Saya dah panggil awak banyak kali,tapi awak tak dengar.’Kasih tersipu malu.’Maaf Encik Riezman.Ada apa Encik panggil saya?Ada tugasan nak di buat ke?’Tanyanya menutup malu.’Ada satu fail nak minta awak tolong taipkan.Awak ok kan?’Dia memandang tepat ke arah Kasih.Sambil itu dia meletakkan fail tepat di hadapan Kasih.
    ‘Boleh,dah memang tugas saya.Ada apa lagi yang boleh saya tolong?’Kasih bangun untuk meminta diri.Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.’Kasih,saya tumpang simpati.Tapi hidup mesti diteruskan.Saya tahu Kasih seorang yang kuat.’Kasih tersenyum lagi.Hanya dengan senyuman bisa menyembunyikan kesedihannya buat masa ini.    
    ‘Saya tak apa-apa Encik Riezman.Saya akan siapkan fail ni secepat mungkin.’Ujar Kasih dan terus beredar .Fail di tangan  terus di teliti.Hidup mesti di teruskan.Kedengaran lagi kata-katanya di telinga.Ya.Hidup mesti diteruskan.Walau pahit sekalipun mesti di telan jua.Kasih teruskan dengan kerja di hadapannya.Cepatnya masa berlalu.Ain mengejutkan temannya yang tengah leka menaip tanpa sedar lunch time.’Kalau ia pun busy,tak kan lunch time pun tak sedar.Jangan jadi bos kita kat dalam tu sudahlah.Jom.’Ain terus menarik tangan sahabatnya .
    Kasih menurut saja.Malas nak berbahas dengan minah ni.Mengalahkan mak nenek je mulutnya. Langkah dihalakan ke kedai Mak Dara.Restoren kegemaran mereka.Rata-rata staff Jaya Holding berkumpul di sini.Tahu sajalah zaman berjimat cermat ni.Kenalah pandai berbelanja.Seperti biasa mereka memesan makanan kegemaran masing-masing. Lazimnya belum order lagi pelayan dah tahu apa makanan yang mereka suka. Itu yang bagusnya dengan restoren ni. ‘Kasih,free tak lepas waktu kerja?Ain nak mintak tolong temankan pergi mall.Nak beli present untuk baby.Boleh ek?’Ain seakan merayu  menemaninya.’Oklah.Jangan buat muka sepuluh sen tu lagi.Aku pun nak bagi present untuk dia jugak.Kita pergi sama nanti.’Ujar Kasih.
    Kasih dan Ain memegang status yang sama.Solo.Ain kematian suaminya,dan Kasih dicurangi oleh suaminya.Nasiblah mereka masih tidak dikurniakan anak.Maha Pengasih Tuhan.Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.’Teringat apa pulak ni?’Kasih tersentak.’Jom lah.Dah habis waktu lunch.Nanti buah hati aku carik pulak.Kerja tinggal sikit lagi tu.’Dia mengelak pertanyaan Ain.Ain mencebik.Tanda protes.Mereka terus ke pejabat. Kasih teruskan menaip. Tinggal sedikit.Lepas tu boleh lah dia serahkan pada Encik Riezman.Entah bila mamat ni berdiri kat belakang.macam hollowman pulak.’Dah siap tak?Dah on time ni.Kasih tak nak balik ke?’Tegurannya menyedarkan Kasih.Ain siap melambai dekat luar bilik sambil tersenyum.
    ‘Dah Encik Riezman.Ini.’Fail di hulurkan padanya yang sedang menunggu.’Ok.Terima kasih.Kasih balik lah.Tadi dah janji dengan Ain kan?’Kasih mengangguk.Dia terus berkemas dan mendapatkan Ain yang lama menunggu.Tersentak dirinya.Dari mana mamat ni tahu yang dia nak keluar.                        .                                                                                                                                           
    Sesampai saja di mall,Kasih terus menarik Ain masuk ke butik Anakku.Masing-masing rambang mata melihat pakaian baby yang rata-ratanya cantik.Kasih ke sudut hamper. Senang.Tak payah nak memilih sangat.lagipun serba lengkap.Dia terus ke kaunter bayaran.Ain masih memilih lagi..Nampak macam tak puas hati lagi dengan pilihannya.Tapi siapa pulak kat sebelah dia.Dari belakang memang tak kenal.tapi baju yang lelaki tu pakai macam dia kenal.Takkan mamat tu pulak.Apa tujuan dia ke sini pulak.
    Ain melambai ke arahnya.Mengajak Kasih ke arahnya.Dengan malas Kasih menghampiri mereka.Memang sah mamat ni.Apa tujuan dia ke sini.Kasih menarik Ain ke sisi.’Apa tujuan dia ke sini?’Ain tersenyum. ‘Beli barang macam kita lah.Untuk anak adik dia.Hari yang sama dan hospital sama dengan kakak aku.’Kasih mengangguk mendengar penjelasan Ain.Ingatkan dia saja mengikuti mereka.’Dah bayar?Cepatnya.Aku ke sana jap ek.Tinggal Encik Riezman.’’Geram dengan perangai si Ain ni.Terasa bahunya dicuit.Tolong saya pilihkan boleh tak?Nanti tak sesuai pulak.Adik saya tu cerewet sikit bab pakaian ni.Even baju untuk baby pun nak memilih.’Kasih mengangguk. Dia terus saja mengambil dua hamper.Satu di serahkan padanya.Dia mengerut dahi.’Yang ni untuk adik encik.Saya bagi.Hadiah bertukar tangan.Setelah Ain keluar,mereka terus berlalu.’Ain,Kasih.Saya belanja minum.Nanti kita pergi sama.Kereta tinggal kat office je.’Usulnya menghentikan langkah mereka.
    Tanpa menunggu persetujuan mereka, Riezman terus membawa hadiah di tangan Kasih dan Ain memasukkannya ke dalam kereta.Nak tak nak terpaksa lah menurut saja.’Kita minum kat kafe hospital bolehkan?Eh,saya ni driver ke?Macam takut je naik dengan saya.’Ujarnya bila masing-masing duduk di belakang.’Maaf lah.Encik tahu kan status kami?’Thanks Ain. Bab ni Ain memang pandai mengelak. Riezman diam dan terus memandu keretanya ke hospital.Dia tenang memandu.Masing-masing mendiamkan diri. Kereta di berhentikan di perkarangan hospital.Mereka terus keluar meredah hujan yang tiba-tiba turun.’Macam mana boleh hujan tiba-tiba ni?’Ain mengomel lagi.Kasih melurut rambutnya yang basah.
     ‘Jomlah masuk.Tak sangka pulak hujan.Encik Riezman,adik encik bilik mana?Kakak saya bilik nombor dua satu.’Hampir terlupa Kasih akan hadiah buat anak saudaranya.’Ini untuk baby.Say hello to your sister.’Ungkapnya.’Apa kata Kasih sendiri yang bagi.Bolehkan Ain?Nanti saya pun nak melawat kakak Ain.Kita pergi sekali.Sama je kan?Jomlah masuk.Dah sampai pun.’Kasih menurut saja langkah mereka.Dah macam kerbau kena cucuk hidng rasanya. Menurut saja langkah mereka.Terpandang saja wajah si kecil,Kasih dan Ain sama-sama terpaku.Comelnya.Mereka mendekatinya serentak.Membelai lembut si kecil yang lena.’Sarah,are you inside?’Perlahan sekali Riezman mengetuk bilik air mencari adiknya. Sebaik pintu terbuka,Sarah adik Riezman tersenyum memandang mereka.
    ‘Oh,ada tamu.Sorry kat bilik air.’Mereka bersalaman.Ternyata adik bosnya  ini peramah orangnya.’So let me guess.Yang ini Ain,and you are Kasih.’Sambil itu Sarah tersenyum memandang abangnya yang leka membelai si kecil.Menimbulkan satu pertanyaan pada Kasih.Ain mencuitnya tanda mengajak beredar ke bilik kakaknya.’Bos,kami mintak diri dulu.Nak jenguk kakak jap.’Mereka bersalaman lagi.’Ain,Kasih.Ada masa lapang jemput ke rumah. Nak buat majlis cukur jambul.Nanti biar abang Riez yang jemput.’Mereka berdua mengangguk dan terus beredar menuju ke bilik kak Rina,kakak Ain.
     ‘Comelkan Kasih.Agaknya kalau kita ada anak mesti comel macam baby-baby tadi.Kan bos.’Ain ni pun satu.Ikut sedap mulut dia je bila bercakap.Kasih tidak memberi respon pada soalannya.Mungkin Ain menyedarinya terus berbisik minta maaf.Riezman hanya diam dan matanya hanya tertumpu pada pemanduannya.Memang masalah anak yang menyebabkan Kasih dan bekas suaminya berpisah.Hadirnya perempuan itu menambahkan lagi kemelut rumahtangga mereka.Kasih melayan perasaan tanpa pedulikan Ain dan Riezman.Terasa bahu dicuit.’Dah sampai.Jangan marah.Aku tak sengaja.Bila pandang je baby,aku tak ingat apa pun lagi.Aku nak baby,tapi belum ada yang nak kasi.’Kasih tergelak kecil mendengar bicara lucu Ain.Cuma Riezman yang membatu.Macam tak ada perasaan je mamat ni.
     ‘Kasih,Ain.Terima kasih.Sudi gak dating dengan saya.Sekali dating,dua orang.’Mereka terkejut.Eh dia ni.Macam tau je kena kutuk.Dah tu gurauan tak kena langsung.Encik Riezman,saya kalau boleh,saya ni tak suka nak bermadu.Lebih-lebih lagi dengan best friend macam Kasih ni.’Kasih tergelak.Eh,dia boleh senyum pulak tu.’Gelak pun you Kasih.Tadi diam je.’Kasih geram.Dalam diam,dia jugak yang terkena. Sepantasnya tangan Ain dicubit.’Ouch.Aku je kena.Yang tu tak?’Ain mencuih ke arah Riezman yang tersenyum melihat karenah mereka.Terhibur jugak hati Kasih.Nasib juga ada mereka.Hilang rasa sedihnya sedikit.Dan tak sangka juga Riezman rupanya seorang yang sporting.Mereka berpisah dan membawa haluan masing-masing.Kasih singgah ke kedai runcit untuk membeli kunci pintu yang baru.Bekas suaminya tidak akan sewenangnya keluar masuk ke rumahnya.Biar dia berdikari sendiri.
                                                                                                                                                                                                       
      Kereta dipandu terus ke rumah.Bila masa terluang,barang-barangnya yang tertinggal akan Kasih kemaskan dan di simpan di luar rumah.Pandai-pandai dia nak mengambilnya balik.Asalkan tak menyemak rumah.Sampai saja di rumah,kunci terus bertukar rupa.Kasih tersenyum puas sambil duduk di atas sofa.Terasa lapang dan aman bila sendiri.Ada hikmahnya jugak di sebalik kejadian ini.bisiknya
Teringatkan si kecil di hospital.Kasih tersenyum lagi.Bukan rezekinya lagi.Kasih terus bangun membersihkan diri.Terasa segar selepas sehari-hari sibuk dengan kerja.Terasa ini satu kebebasan baginya.Tidak perlu bergegas masak.Rehat sekejap sebelum masuk waktu Maghrib.Teringat akan si Ain.Ain masih beruntung kerana masih ada kakak tempat mengadu kasih.Kasih anak tunggal.Orang tuanya pun sudah pergi meninggalkannya sebelum sempat melihat kejayaan Kasih bergelar siswazah.Kiranya semua ini ketentuan Illahi.Mereka tentunya sedih melihat kehancuran rumahtangganya kiranya mereka masih hidup.
      Kasih terjaga bila azan berkumandang di telefon bimbitnya.Terlelap rupanya.Terus saja dia bangun dan mengambil wuduk untuk sujud pada pencipta.Selesai saja solat,dia menjamu selera dengan nasi ayam yang di bungkus dari gerai tadi.Kasih ingin cepat mengeluarkan barang peribadi milik insan yang telah menyingkirkan Kasih dari hidupnya.Pekerjaannya selesai hampir empat jam.Semuanya telah  kemas masuk ke dalam kotak.Terus saja diletakkan di luar rumah.Kasih terus tidur saja selepas kerjanya selesai.Penat,tapi dia puas kerana semua benda yang mengingatkan dirinya pada bekas suaminya itu telah dikeluarkan dari rumahnya.
      Deringan alarm dari telefon membuatkan dia tersedar.Terus saja dia bergegas ke bilik air. Kasih bersiap untuk ke pejabat.Sebelum itu dia sempat meninggalkan nota di atas kotak barangannya.’KALAU TAK NAK,RECYCLE SEDIA MENUNGGU.’Puas.Tersenyum Kasih di buatnya.Bukan hendak berlaku zalim,tapi Kasih tidak mahu dirinya dihina oleh bekas suaminya lagi.Terus saja kereta di pandu ke pejabat.Cuma dia dan beberapa orang staff yang tiba awal.Termasuk Riezman yang tengah leka menghadap minumannya.Kasih melihat sms yang masuk.Barangkali Ain.Dia  tersenyum.Pedulilah nak marah ke apa. Yang penting harta bendanya Kasih tak letak merata. Dasar manusia.Dulu Kasih ditatang.Dapat yang baru dirinya di campak macam kain buruk.
       Kedengaran satu suara menyapanya.Betul sangkaan Kasih.Riezman mesti perasan akan kehadirannya.Agaknya Riezman ada mata spare apa.Kat pejabat nak mengular pun dia dapat tangkap.Biasanya Kasih dengan Ain lah selalu terkena.Mereka saja yang selalu lari ke mall berdekatan untuk hilangkan rasa mengantuk.’Jemputlah.Ain tu,dah sampai.’Nasib Ain datang tepat waktu.Kalau tak,jenuhlah Kasih berdepan dengan mamat sorang ni.Janji nak singgah ke rumah.Alih-alih Ain datang lambat.Kasih bertanya perihal janji Ain semalam padanya.Mulalah Ain buat muka seposen.Tahu saja perangainya itu.Setelah menikmati minuman pagi,Kasih dan Ain terus saja pergi meninggalkan Riezman.Biasalah.Status mereka membuatkan mereka sentiasa beringat.Mereka tidak mahu Riezman terkena umpatan orang,walaupun Riezman tidak ambil peduli mulut yang mengata.Bagi Riezman pula,hormat menghormati itu penting.
      Seawal pagi meja Kasih ditimbuni rimbunan fail.Ini mesti kerja yang dah lama tertangguh.Tapi biar ada kerja,jadi taklah boring. Riezman sempat memandang fail di atas mejanya.’Habiskan hari ini Kasih.Saya perlukan untuk pembentangan lusa.Esok saya nak semak.Takut ada yang tertinggal.By the way,Sarah kirim salam untuk Kasih dan Ain.And thanks for the present.’Kasih menjawab salam Sarah.’Encik nak apa-apa tak sebelum saya sibuk?’Riezman tersenyum.’Tak apa.Nanti saya ambil sendiri.Janji Kasih sempat siapkan fail tu,cukup dah membantu saya.’Lega.Nasib Riezman memahami staff-staffnya.Kasih terus tenggelam dalam kesibukan kerjanya.Handphone dimatikan.Malas nak melayan karenah bekas suaminya itu.Selagi dia tak puas selagi itu lah berderet sms yang akan dia hantar.Kasih terlepas waktu lunch.Pada Ain dia berpesan yang dirinya banyak kerja dan tak akan keluar untuk lunch.Kasih menarik nafas.
      Kasih perhatikan tiga fail yang telah disiapkan.Tinggal lagi satu fail.Mata terasa perit kerana terlalu lama mengadap komputer.Dia bangun untuk membancuh kopi.Baru hendak melangkah,Ain sampai dengan membawa bungkusan makanan dan air untuknya.Sambil itu Ain tersenyum.Pakwe kau belanja.Dia pesan,kerja memang kerja,tapi badan kena jaga jugak.’Kasih mencebik.’Bukan kata-kata tu engkau yang selalu ucapkan?Bak sini.Aku makan kat pantry je lah.Nak temankan aku tak?’Rayunya pada Ain.Kasih hampa melihat Ain menggeleng.’Sorry.Kerja aku pun bertimbun.Tak siap,mengamuk lah si mata empat tu nanti.Aku pergi dulu.Makan tau.’Ain terus berlalu.Kasih menjamu selera sendirian.Dia harus cepat makan.Ada kerja yang menanti.Selesai makan Kasih menunaikan solat di surau yang disediakan pihak syarikat.
    
        Selesai saja,Kasih terus menuju ke pejabat.Nampaknya Riezman tiada di biliknya. Mana perginya  dia.Tak cakap pun.Mungkin keluar.Kasih memerhatikan sekitar ruangan pejabatnya.Memang dia tidak pernah meneliti ruangan bilik ini.Kasih cepat-cepat keluar setelah melihat kelibat Riezman di dalam bilik rehatnya.Solat rupanya dia.Perlahan-lahan pintu ditutup rapat.Kasih menyambung semula kerjanya.Tebal jugak fail ni.Jangan kena stay sampai malam sudah.Dia terus menaip.Agaknya fail ini memang penting.Sebab itulah bosnya itu tidak mengganggunya.Bancuh air pun sendiri.Baru separuh siap.Jam sudah pun pukul empat setengah.Kasih percepatkan lagi tangan untuk menaip.
     Pukul tujuh,barulah kerja siap sepenuhnya.Kasih menarik nafas lega.Kalau tidak kesian lah bosnya  nanti.Kasih tak nak memalukan dia.Kasih terus masuk ke ruang pejabat bosnya itu.Terus saja fail itu di letakkan di atas mejanya.Mungkin dia sudah balik.Kerana leka dengan kerja,Kasih langsung tidak ambil peduli akan persekitarannya.Kasih terkejut mendengar deheman dari ruang rehat.Terus saja pintu di ketuk untuk memaklumkan kerjanya yang sudah siap .Pintu terbuka.’Awak tak balik lagi?Pagi esokkan boleh siapkan.’Ujar Riezman pada Kasih.’Tak apa encik.Saya tak kisah.Takut esok ada kesilapan pada ejaan ke perkataan tertinggal,boleh saya betulkan nanti.Taklah terkejar-kejar.’Katanya.’Oklah.Jom kita keluar sama-sama.Ain mesti dah balik.Tunggu kat luar.Saya nak kemas sikit je.
     Nak tunggu ke tak ni.Ke aku balik terus je.Bisik hatinya.Kalau tak tunggu dia,aku pun rasa kecut gak. Dah sunyi sangat kat sini.Cuma tingkat bawah saja yang masih ada staff yang tinggal.Dalam hatinya yang tertanya-tanya,Riezman boleh terpacak di depannya sambil memandang Kasih.’Kasih,jom.Dah lewat ni.Nanti lambat awak sampai.’Dia boleh selamba je.Tak tau ke aku terkejut dengan tindakannya itu?Bentak Kasih dalam hati. Namun diturutkannya jua langkah Riezman.
     Sememangnya Riezman bos yang baik.Puji Kasih.Dia mengaku yang Riezman memang prihatin dengan semua staff termasuk dirinya.Lebih-lebih lagi dirinya.Setiausaha Riezman.Kalau dia tiada tentu,kerja Riezman akan terganggu jugak.Sesampai saja di depan pagar,muncul wajah-wajah yang merimaskan dan memyebabkan Kasih naik darah.Wajah-wajah da hadapannya itu masam mencuka  memandangnya.’Kasih!Yang awak letak barang-barang saya kat luar sapa suruh?!’Lelaki di hadapannya  menjerit.Kasih langsung tidak pedulikannya.Menyakitkan hati ada lah.Dah tu,datang tak di undang.Dengan tak malu bawak pulak perempuan tu ke rumahnya sesuka hati dia.
     ‘Ouch.Sakitlah!’Jerit Kasih apabila tangannya disentap kuat.’Tau pun sakit.Lainkali pakai otak awak tu sikit.’Kasih rasakan kesabarannya memuncak apabila dahinya dituding dengan agak kasar. ’Encik Zaman! Saya bukan isteri awak yang awak boleh tunjuk sesuka hati awak.Berambus dari sini dengan barang-barang awak dan tu…..,sebelum saya menjerit.’Kasih berkata kasar sambil mendesaknya pergi. Mungkin rasa tercabar,Zaman mengangkat tangan menampar Kasih.Mata sudah dipejamkan,tapi pipinya tidak merasa pun tamparannya.Kasih bukakan mata,terpandang wajah serius di depannya.Malunya.Bila pulak dia ni sampai?Rasa macam drama pulak.Cuma tiada directornya saja.Bicara hatinya.
     ‘Jangan masuk campur dalam urusan kami!’Jerit Zaman macam orang hilang akal.’Kami?Saya rasa encik dah tak ada hak nak memperlakukan Cik Kasih macam ni.Lagi satu,saya tak nak kehilangan seorang staff yang berpotensi macam dia.’Kasih  tersenyum gelihati melihat wajah Zaman yang merah padam. ‘Dah ada backup.Patutlah berani.Cepat dapat calon?’Perlinya.Kasih menjawab geram.’Kalau awak boleh carik perempuan tu masa kita masih bersama,tak ada salahnya saya carik yang baru.Lagipun saya solo.Jemputlah kenduri kami nanti!’Geram sungguh rasanya.Zaman menatapnya tajam.Apa lah agaknya reaksi mamat ni?Dia pulak yang jadi mangsa.Zaman pergi dengan rasa marah.Terpancar kemarahan pada wajahnya.Padan muka.Dulu kau pijak-pijak maruahku depan perempuan tu.Sekarang kau rasa pulak.Kasih pandang wajah di depannya memberanikan diri bersuara.Dalam hati tuhan je tahu.
     ‘Maaf,encik.Pasal hal tadi.Dan terima kasih sebab encik ada,saya jadi berani dengan bekas suami saya tadi.Maafkan saya dan terima kasih pasal selamatkan saya dari lebam.’Dia cuba bergurau kerana melihat cara Riezman memandangnya dengan pandangan yang susah untuk ditafsirkan.Nak kata marah tak,tapi pandangan matanya membuatkan hati Kasih berkocak.Riezman menghulurkan beg tangan padanya.Ya Allah.Syukur.Kalau tak disebabkan beg tanganku,mesti pipiku lebam esok.Kasih begitu bersyukur.Riezman pergi begitu saja?Peliklah dengan perangai dia ni.Satu patah perkataan pun langsung tak keluar dari mulutnya.Kasih kehairanan.
     Kasih memandang kereta yang terus berlalu.Dia terus saja masuk ke rumah.menutup pagar dan pintu.Kasih mendengus kasar.Rasa sebal dengan kejadian tadi dan juga dengan perangai bosnya itu.Semuanya bercamput baur.Dia terus membersihkan diri.Malas nak ingatkan hal tadi. memandang telefon yang berbunyi.Ada mesej masuk.MAAFKAN SAYA.Pengirimnya memang susah nak faham perangainya. Kasih biarkan saja mesejnya tak berjawab.Biar dia rasa pulak.Ingat aku ni patung yang tak berperasaan? Aku tahu aku babitkan dia tadi,tapi aku dah minta maaf.Marah Kasih.
     Selepas makan malam,Kasih terus merebahkan diri di atas katil.Terasa segar selepas mandi air hangat.Berendam dalam tab mandi setengah jam,cukup menyegarkan badan.Terasa sunyi pulak bila sendiri.Tapi masa Zaman ada pun masing-masing dengan hal sendiri.Teringat insident tadi cukup membuatkan dia makin meluat denagan Zaman dan perempuan itu.Memang padan dengan mukanya tadi.Kasih akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Zaman dari mendekatinya.Lagipun dia memang tiada alasan untuk bertemu dengan Kasih lagi.Terasa lapar pulak.Rasanya masih ada lagi buah yang dibeli semalam.Kasih terus ke tingkat bawah.Salad buah ada lagi.Dia  makan sambil menonton tv. Apalah agaknya Ain buat sekarang?Biarlah.Dia terus naik.Kelopak matanya begitu susah hendak terbuka.      
     Sesampai saja di pejabat dia terus mendapatkan bosnya.Kedatangannya sudah dijangkakan.
‘Nampaknya tak ada kesilapan pada ayat,mahupun ejaan.Kasih boleh buat salinan sekarang.Buatkan Lima salinan je setiap keping.Esok Kasih prepare bilik mesyuarat.Ada perjumpaan dengan ahli lembaga pengarah yang baru.Rasanya sampai petang.Buat pesanan untuk lunch sekali.Breaktime prepare kuih sikit.’Kasih mencatit semua arahannya.Takut terlupa.Alamatnya sepanjang hari lah dia sibuk nanti. Cepat-cepat dia keluar untuk salinan.Nasiblah mesin fotostet memang disediakan di dalam biliknya.Semuanya atas kebaikan hati bosnya jugak.Dia tidak mahu Kasih berebut dengan staff yang lain.Takut kerja yang dia nak dengan cepat tertangguh.Yang untungnya Kasih jugak..
     Siap jugak akhirnya.Kasih menarik nafas lega.Baru sekejap nak rehat,pintu bilik diketuk.Muncul seorang perempuan.Lawa.Kenalan bos agaknya.Kasih tersenyum sambil membawanya masuk ke bilik Riezman.Ada perubahan di wajah bosnya itu.Ada rasa kurang senang.Tapi dia menjemputnya duduk. Perlu ke tidak dia sediakan air?Siapkan je lah.Suasana bilik itu tegang semasa Kasih masuk menatang dulang air.Riezman menatapnya tajam.Salah ke dia.Perempuan di depannya pun sama.Mukanya tampak masam.Air diletakkan di atas meja dan dia terus berlalu.Terdengar pintu bilik dibuka kasar.Perempuan itu terus berlalu dengan wajah mencuka.Nasib le bahasa mereka ucapkan satu pun Kasih tak paham.
      Terdengar namanya dipanggil.Terus saja dia masuk.’Lainkali,kalau saya tak suruh sediakan air,jangan sediakan. Jangan nak pandai-pandai awak sediakan pulak.’Kasih tunduk diam.’Dah siapkan tak salinannya. Bawak sini.Biar saya yang simpan.Takut awak ada hal ke apa.’Riezman bersuara lagi. ’Encik sendiri dah tekankan yang masalah luar jangan bawak tempat kerja.Kalau encik taknak saya datang esok tak apa.’Sahut Kasih dengan geram. Kasih bingkas bangun. Langkahnya terhenti.Kasih,I’m sorry.Saya perlukan awak esok.Ada masalah sikit tadi.’ Jelasnya.’Geramnya aku.Yang dia lepas marah kat aku sapa suruh.Gaduh ngan makwe aku pulak kena.’Kasih menutup mulut. Kasih terlepas kata.Riezman menarik tangannya spontan.Kasih tergamam.
      ‘Dia bukan makwe saya.Dia tunang saya.Pilihan papa.Saya tak pernah sukakan dia.Cuma sayang sebagai adik.’Jelasnya.’Encik,terima je.Mana tahu satu hari nanti hati encik terbuka untuk terima dia.’Kata Kasih.Saja nak menyakitkan hati Riezman.Tapi Riezman tersenyum.’Saya dah ada calon saya sendiri.Orangnya saya dah kenal sangat.Hampir lima tahun saya kenal dia.’Katanya dengan mata yang bercahaya. Nampaknya Riezman memang sayangkan perempuan itu.’Apa kata encik terus terang je dengan papa encik.’ Cadang Kasih lagi.’Masalahnya,perempuan tu tak tahu saya sukakan dia.’Kasih terkejut.’Encik bagi tahu je lah kat dia.’Riezman menatapnya lagi.’Bukan masa yang sesuai.Saya sukakan dia masa kat kampus lagi.Dan dia tak pernah tahu yang saya satu kampus dengan dia.Satu kelas dengan dia.Satu lagi,saya takut dia tak nak terima saya selepas apa yang dia alami.Saya cuma boleh sayangkan dia dari jauh.’Kasih terpegun lagi dengan pandangan matanya.Cukup memukau.Terus saja dia meminta diri. Nanti cair dibuatnya.
      Dada Kasih berkocak hebat.Kenapa dengan dirinya?Riezman ni pakai jampi ke apa.Sejak kebelakangan ini bila Kasih bersamanya,terasa satu kelainan pada dirinya.Mungkin rasa selamat.Dia terus menyibukkan diri untuk menghilangkan perasaan itu.Namanya dipanggil lagi.Baru perasaannya hendak reda,Riezman sudah menderanya lagi.Dia masuk dengan perasaan bercampur baur.Riezman terbongkok seperti mencari sesuatu.’Encik cari apa.’Tanyanya.’Pen saya.Arwah yang bagi.’Riezman mengerutkan dahinya.
      Kasih turut membantu.Simpati.Dia pun sekiranya kehilangan benda pemberian orang tersayang, mesti bertindak sama seperti bosnya jugak.Sebaik terpandang pen di celah kaki meja,Kasih terus menunduk.’Kasih.’Terdengar jeritan kecil.Kasih menggosok dahinya.Riezman mendapatkan krim,dan menyapu dahi Kasih lembut.Sambil itu dia meniup perlahan serentak dengan gosokkan tangannya. Riezman menatap wajah itu lembut.Sama seperti lima tahun yang lalu.Dia hanyut dalam perasaannya sendiri.Kasih terus bersuara perlahan.’Rasanya dah panas ni.’Kasih turut sama merasakan dadanya berdebar kencang.Terus saja dia meminta diri.Riezman tersenyum memandang Kasih keluar.
     Selesai waktu pejabat,Ain terus mendapatkan Kasih yang tengah leka membelek sesuatu. Niatnya mengejutkan Kasih terbantut apabila Kasih menoleh sambil tersenyum memandangnya.Ain hampa. ‘Camner kau tahu aku datang?’Ain tergelak.’Minyak wangi kau lah.Dah sebati sangat dengan hidung aku.’Mereka tergelak kecil sampai tidak menyedari kehadiran Riezman.Ain mencuit Kasih.’Nak balik ke?Ain,Kasih.Sarah jemput datang ke rumahnya bulan depan.Nak buat majlis cukur jambul.’Riezman memulakan bicara.Kasih memandang Ain.Ain menggeleng.’Saya tak boleh janji dapat datang.Kami pun nak buat kenduri jugak.Kasih boleh jadi wakil saya.Kan Kasih?’Kasih mengangkat kening.Tanda protes.
     ‘Tak apa lah kalau awak berdua tak dapat hadir.’Jelas kehampaan pada suara Riezman.Serba salah Kasih dibuatnya.Dengan berat hati dia setuju.Ain tersenyum.Jelas riak wajah gembira pada Riezman. Memang dia mengharapkan kehadiran Kasih.Ain yang memang menyedari Riezman menaruh hati pada temannya itu sengaja menolak jemputan Riezman.Dia mahu Kasih mengecap kebahagiaan dan membuka lembaran baru.’Terima kasih.Saya belanja makan.’Pelawa Riezman.Kasih terpaksa menolak.Dia hendak ke supermarket membeli keperluan dapur yang telah habis.
     Mereka berlalu.’Aku tak dapat temankan engkau.Ada janji.Ada masa,aku cerita kat kau ek.’Kasih tersenyum.Memang niatnya hendak pergi sendirian.Takut Ain bosan.Lagipun dia takut lama.Kasih terus mengorak langkah ke mall berhampiran.Dia terus saja ke tingkat bawah.Perlahan dia menolak troli. Memilih kelengkapan dapur.Dari barangan kering sampai lah barangan basah.Cukuplah untuk satu bulan.Terus saja dia ke kaunter bayaran.Penuh satu troli.Kasih menarik nafas.Nasiblah kereta dia parkingkan dalam mall.Kalau kat luar jenuhlah dia nak menjinjing plastik nanti.Selesai saja barang dimasukkan ke bonet,Kasih naik semula.Niatnya hendak menjamu selera di Mcdonald.Malas hendak memasak.Lagipun takut lambat.Nak berkemas lagi.Besok pun ada meeting yang perlu dia attend.
    Nasib tak ramai orang.Kasih terus membuat pesanan.Tanpa sedar ada mata memerhatikannya. Riezman menghampiri.Terus saja dia membayar pesanan Kasih.Kasih menoleh.Macam mana Riezman ada kat sini.’Temankan saya.tempat saya kat sana.’Nak tak nak terpaksa jugak Kasih menurut.Terus saja dia duduk berdepan dengan Riezman.Tuhan saja yang tahu perasaannya tika ini.Kasih macam nak melarikan diri kenapa?’Kasih terbatuk kecil.Dia menelan burger perlahan.’Maksud encik apa?Saya tak paham.’Ujarnya.Riezman tersenyum.’Kasih macam tak suka bila dekat dengan saya.Tak mahu…apa ek.Hubungan cuma kat pejabat,dekat luar tak nak.’Kasih terpaku.Dia mengunyah perlahan.
    ‘Saya lebih suka sendiri.Tak susahkan orang nanti.’Ujar Kasih.’Hidup ni,tak selamanya seorang kan?’ Riezman memancingnya.’Ok.Kalau encik pulak,kenapa masih bersendiri?Encik tak nak berdua ke?’Kasih memberanikan diri bertanya.Riezman tersenyum.’Saya?Nak lamar Kasih,takut Kasih tolak.Malulah saya nanti.’Kasih tersentak.Dalam masa ni pun Riezman sempat mengenakannya.Kasih tersenyum. ’Nampaknya,saya terpaksa mintak diri.Encik ada tamu.’Riezman menoleh.Dia mengeluh.Kasih sudah pun berdiri.Tangan Riezman cepat menahannya dari pergi.’Please stay.’Kasih kehairanan.Permainan apa pulak yang hendak Riezman lakukan.Perempuan di hadapannya menjeling tajam.’Jessica,tak sangka jumpa you kat sini.Kenalkan.Kasih Myra.Rasanya you dah pernah lihat dia.Dia setiausaha I merangkap bakal ratu I.’Kasih terpana.Wajah di hadapannya menyinga.’Henry,kalau you nak tipu I,biar munasabah sikit.You kenal dia pun Cuma kat tempat kerja je.Lagipun masanya singkat sangat’. Riezman tersenyum lagi.I kenal dia masa kat kampus lagi.Cukup lama.’Kasih menarik nafas.Manalah Riezman dapat idea gila ni.Bentak hatinya.
    Senyuman Riezman menambahkan lagi gelisah di hatinya.’I kenal dia lama jugak. Lima tahun lebih.
I pun nak kenalkan Kasih pada papa.Sarah pun dah kenal Kasih.’Wajah Jessica merah padam.Kasih tertunduk diam.Berat rasa dadanya.Terasa satu beban di atas dadanya.’Oh,baru I ingat.Cepatnya you cari pengganti ex husband you.Baru lagi rasanya.So fast…’Terasa panas wajah Kasih tika itu.Dugaan apa lagi ini.’Jessi.She’s doing nothing to you.Jangan nak hina dia.Dia ada hak nak mulakan hidup baru. Hal antara kita tak ada kena mengena dengan dia.I saja yang sukakan dia,tapi dia tolak I.’Riezman menarik Jessica ke tepi.Mudahnya Riezman menarik kata-katanya.Dah terlanjur kata,siapa yang merasa.
    Kasih terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan Riezman.Menyesal rasanya menerima pelawaan Riezman tadi.Dalam kereta,tumpah juga airmata Kasih.Telefonnya tidak dihiraukan.Panggilan dari Riezman.Kasih terus memandu ke rumah.Selesai menyimpan barang yang dibeli tadi dia terus solat. Tumpah lagi airmatanya di atas sejadah.Begitu banyak dugaan di dunia.Suka duka dalam hidup ditanggung sendiri.Hanya pada Tuhan tempatnya mengadu.Telefonnya berbunyi lagi.Termasuk mesej yang masuk.Kasih menatap mesej dengan sayu.Riezman seolah-olah merayu.Kekesalan diutarakannya.
Kasih beristighfar.Dia berfikir secara positif.Mungkin  Riezman buntu menghadapi Jessica.Dan cuma ada dia di situ,Riezman menjadikan dia sandaran buat melarikan diri dari Jessica.Mesej Riezman dibalas. ‘Saya mengerti dan saya maafkan encik.’Butang send ditekan.Kasih terus terlena.      

    Di rumahnya Riezman dilanda seribu kekesalan.Memang dia menyimpan perasaan yang begitu mendalam pada Kasih.Tapi bukan dengan cara menyakiti hati Kasih sebegitu untuk dia luahkan rasa sayangnya pada Kasih.Bagaimana harusnya dia hendak berdepan dengan kasih.Walaupun Kasih sudah menghantar mesej memaafkan dirinya,tapi Riezman takut insiden itu akan merenggangkan hubungannya dengan Kasih.Riezman buntu.Lima tahun dia Cuma memandang Kasih dari jauh.Baru hendak meluahkan saying,Kasih terus disunting.Dia membawa diri kerana kecewa.Dan sekarang dia tidak mahu kehilangan Kasih dek kebodohannya tadi.
    Riezman gagal melelapkan mata.Panggilan dari Jessica dan papanya langsung tidak dihiraukan. Dia bernasib baik papanya berada di luar negara kerana ada urusan kerja di sana.Kalaulah papanya ada di sini, mesti papanya mengamuk.Riezman menatap foto Kasih yang leka mengemas rumah kebajikan semasa mereka membuat kerja amal.Gambar itu diambilnya secara diam-diam.Itu masa kuliah.Semester dua.Riezman membelek gambar yang lain.Teringat lagi waktu dia menjadi pengadil semasa perlawanan hoki.Pasukan Kasih menang.Dan Kasih tidak perasan akan Riezman walaupun masa itu mereka bersalaman dan bersapa.Mungkin penampilan Riezman yang berlainan dengan badan yang agak berisi dan berkaca mata tika itu.Riezman terlena juga.Bunyi alarm mengejutkannya.Riezman cepat-cepat bangun dan membersihkan diri.Tanpa bersarapan,terus saja dia ke pejabat.
    Hari ini ada mesyuarat penting.Terasa ingin benar dia bertemu Kasih.Riezman sentiasa awal ke pejabat.Terus saja dia bersarapan di kafé berdekatan.Tiadapun kelibat Kasih.Terus saja dia menuju ke bilik mesyuarat.Ternyata Kasih di situ.Tengah sibuk menyusun persiapan untuk mesyuarat. Terasa gugup juga Riezman untuk berdepan dengan Kasih.Kasih bersikap profesional.Dia tersenyum tanpa ada sesuatu yang berlaku.’Saya dah siapkan semuanya.Dah tempah katering.Ada apa yang hendak encik Riezman tambah ke?’Riezman tersenyum.Tak.Anyway,thanks.Semua ok.Kita tunggu ahli mesyuarat je lagi.’Riezman memandang Kasih.Tampak seperti biasa.
    Mesyuarat hari ini cukup lama.Biasalah,hujung tahun ada saja perubahan yang hendak dilakukan. Datuk Azmi pemegang saham kedua terbesar selepas Riezman sempat mengenalkan anak perempuannya sebagai penggantinya nanti.Cuma empunya diri yang tiada.Masih dalam perjalanan dari London.Awal bulan depan,barulah dia mula bertugas menggantikan Datuk Azmi.Pukul lima,barulah mesyuarat tamat.Riezman terus mendapatkan Kasih yang tengah berkemas.’Ada janji tak?Saya nak ajak Kasih makan lepas ni.I mean dinner.’Kasih yang leka menyusun fail tersentak dengan pelawaan Riezman.’Saya tak boleh pergi.Ada urusan penting yang perlu saya hadiri.’Tolaknya lembut. Riezman kehampaan.’Tak apalah.next time kalau Kasih sudi.’Kasih memerhatikan langkah Riezman.
     Riezman memandang kalendar di depannya.Sarah dalam pantang lagi.Pantang di rumah mertuannya.Papanya pula masih di luar negara.Hari ini,genaplah umurnya tiga puluh tiga tahun. Riezman bersandar di kerusi sambil memejamkan mata.Teringat arwah mama yang begitu prihatin.Terasa dirinya keseorangan.Kasih mungkin sudah pulang.Teringat akan Kasih,terasa sayu hatinya.Pintu bilik diketuk. Tersembul wajah yang membuat hidupnya serba tak keruan.Kasih menatang sebiji kek dan meletakkannya di hadapan Riezman yang terpinga.Seluruh staff memenuhi ruang biliknya.Mata Riezman cuma terpaku pada Kasih.Ucapan demi ucapan disambut mesra tanda terima kasihnya.
     Sambutan yang sederhana tapi cukup mengharukan Riezman.Selesai saja majlis kecil itu,Riezman terus mendapatkan Kasih membantunya berkemas.Kasih menghulurkan dua kotak hadiah kecil.Satu dari Ain.Dia kirim salam.Dia cuti,temankan kakak dia kat kampung.’Hadiah bertukar tangan.Terus saja Riezman menyimpannya dalam briefcasenya.’Thanks Kasih.Ingat jugak birthday saya.Banyaknya hadiah yang perlu saya bawak balik.’Guraunya.Mereka beriringan meninggalkan pejabat yang sudah sepi. Bonet kereta Riezman sarat dengan bungkusan hadiah.Kasih berdiri di sisinya.
     ‘Saya mintak diri dulu.Happy birthday.’katanya lagi.Riezman menahannya dari pergi.’Saya ikhlas nak ajak Kasih dinner.Biasanya arwah mama selalu masakkan saya manisan jagung.Biasanya puding.Saya nak ajak Kasih temankan saya.’Kasih memandang dengan rasa simpati.Mama Riezman meninggal tahun lepas.Beerti ini pertama kali Riezman menyambut harijadinya sendirian.’Ok.Saya temankan.Tapi saya naik kereta sendiri.Saya ikut belakang kereta encik.’Riezman mengangguk.Persetujuan Kasih cukup membahagiakannya.Dia tetap memandang cermin belakangnya.Memastikan Kasih mengekori keretanya.
Kereta diberhentikan di sebuah restoren.Nyonya Restaurant.Kasih terpinga.’Halallah.Semuanya pekerja melayu.Owner je Chinese.’Bisik Riezman.Kasih tersenyum.Mengaku kesilapannya.Riezman juga seorang muslim.Mereka mengambil tempat duduk di tepi tingkap. Di luar agak gelap.mungkin hujan akan turun agaknya.’Dinner set untuk dua orang dan pudding jagung satu.’Kasih kehairanan.Kenapa Cuma
satu puding Riezman minta?
     Selesai menikmati hidangan utama,puding jagung dihidangkan.Terpana Kasih.Riezman tersenyum.
‘Sebab tu saya pesan satu je.Kita share.’Riezman terus menyuap pudding ke mulut Kasih.Nak tak nak terpaksalah Kasih membuka mulut.Terasa satu kelainan pada dirinya.Riezman melayannya seperti seseorang yang istimewa.Mungkin cuma perasaan Kasih saja.Di luar,hujan turun mencurah.Nampaknya, lamalah baru mereka beredar.’Saya pesan hot chocolate untuk kita.’Kasih mengangguk.Terasa kesejukkan akibat hujan di luar.Ditambah lagi kedinginan dari pendingin hawa.Kasih terkejut apabila merasa badannya disarungkan Riezman dengan kotnya.Nak menolak,Riezman lebih cepat bertindak.
     ‘Kasih sejuk kan?Beku kat dalam ni,saya jugak yang susah.’Kata-kata Riezman membatalkan niat Kasih.Coklet panas begitu mengurangkan kesejukkannya.Setelah menikmati makan malam,mereka terus keluar.Hujan pun sudah reda sedikit,tapi kegelapannya tetap sama.Riezman mengenakan kacamatanya. Memang susah untuk memandu tanpa kacamata bagi orang rabun malam sepertinya.Terpandang saja Riezman,Kasih seperti mengingati sesuatu.Tetapi samar-samar.’Thanks a lot.Saya hargainya sangat-sangat.’Riezman mengucup lembut dahi Kasih.Kasih terpaku lagi.Riezman terbawa-bawa oleh perasaan sayangnya pada Kasih.Spontan saja dia mengucup lembut dahi Kasih tanpa rasa menyesal.
     ‘Kita balik.Saya kat belakang kereta Kasih.Jumpa Isnin nanti.’Senyuman tidak pernah lekang di bibirnya.Kasih mengangguk.Kereta terus dihidupkan.Perasaannya terbuai indah dengan layanan Riezman.Sampai saja di rumah’Kasih terus membaringkan dirinya di katil.Hatinya diburu dengan seribu persoalan.Sepertinya dia pernah mengenali Riezman.Tapi dia tidak mengingati di mana dan bila.Puas di perah otaknya,tapi tetap juga dia gagal.
     Sebaik saja sampai di rumah,Riezman terus membuka hadiah pemberian Kasih.Pin.Cantik.Boleh dia kenakan pada tali lehernya nanti.Dan dia boleh memakainya selalu.Pemberian pertama dari seorang yang amat dia sayang.Malam ini cukup bermakna baginya.Makan malam yang cukup istimewa sebab ada Kasih menemaninya.Kucupan di dahi Kasih cukup membuatkan dia terasa ingin mendekati Kasih secara sah.Takut dia terpesong gara-gara sayang yang cukup mendalam pada Kasih.Dia takut Kasih menolak cintanya.Cukup lama dia menanti.Lima tahun.Mungkin takdir Tuhan juga,Kasih datang mengisi kekosongan jawatan setiausaha di syarikatnya tahun lalu.Lima tahun,wajah yang dirinduinya muncul tiba-tiba di hadapan matanya.Terasa dirinya dan Kasih ada jodoh.Setelah penceraian Kasih dan Zaman,dia bertekad untuk memiliki Kasih.
     Dua hari dia tidak memandang Kasih terasa sesak nafasnya nanti.Riezman terlena.Esoknya,dia bersiap untuk ke taman.Bersenam.Salah satu kebiasaan Riezman pada waktu lapang.Melihat kelibat seseorang,membuatkan dia tersenyum.Dia membeli dua botol jus oren.Kasih terkejut melihat Riezman di hadapannya sambil menghulurkan botol minuman untuknya.Debaran semalam masih terasa lagi.Sekarang kemunculan Riezman menambahkan lagi debaran semalam.’Tak sangka boleh jumpa Kasih dekat sini.Kalau saya tahu Kasih biasa ke sini,saya akan selalu tunggu Kasih.Boleh pergi sama.’ Ujarnya sambil meneguk botol.Peluh membasahi bajunya.Kasih turut sama meneguk air. Peluh yang mengalir,dikesatnya.Riezman memerhatinya dengan rasa penuh sayang.
     Kasih yang menyedari dirinya diperhatikan buat tidak tahu saja.Terus saja dia berlari meninggalkan Riezman.Riezman mengekorinya dari belakang.’Ouch.’Kasih menjerit.Badannya sudah terhumban akibat dirempuh kasar budak –budak yang bermain kejar mengejar.Riezman terus mendapatkan Kasih yang mengerang kesakitan sambil memegang lututnya.Tanpa amaran,Riezman menarik seluar kasih ke paras lututnya.Nampak lebam.Kasih menepis tangan Riezman lembut,Malu.Dia cuba bangun,tapi gagal. ‘Sini.Jangan degil.’Riezman memapahnya duduk.’Boleh tak?Kasih mesti tak bawak kereta. Kita naik kereta Riez.Riez bawak ke klinik.’Pertama kali dia membahasakan dirinya Riez pada Kasih.Kasih terus dipapahnya ke kereta.Airmata Kasih tumpah jua.Menyedari itu,cepat-cepat Riezman menyapu airmata Kasih lembut.’Sorry,Riez berkasar tadi.Budak-budak tu pun satu,tak minta maaf pun.’Riezman mengomel.Kereta dipandu ke klinik berdekatan.
    Keprihatinan Riezman membuat hati Kasih sedikit terusik.’Doktor dah bagi tahu,kalau rasa sakit, Kasih tak payah datang kerja.Rehat.Buku lali tu tergeliat.Kasih berehatlah kat rumah.’Kata Riezman sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta.’Hujung tahun banyak kerja.Saya boleh lagi datang kerja.’ Ujar Kasih.Jelingan Riezman membuatkan Kasih tunduk.’Jangan degil.Riez bos atau Kasih bos.Atau Kasih nak Riez berhentikan Kasih.’Ugut Riezman.’Berhentikan je lah.’Riezman memberhentikan keretanya mendadak.Kasih terkejut.Dia resah memandang Riezman yang tunduk diam.’Encik.’Kasih menggoncang lembut tangan Riezman.Riezman masih mendiamkan dirinya.’Riezman.’Panggilan Kasih membuatkan Riezman menoleh.’Sudi pun Kasih memanggil nama Riez.Agaknya,kalau Riez tak berkasar Kasih tak akan sudi panggil Riez.Cuma encik-encik.Teringin jugak nak dengar Kasih panggil nama Riez bila kita kat luar.’Kasih terdiam.Riezman terus menghidupkan keretannya.
     Hari Rabu,barulah Kasih datang semula ke pejabat.Dia menjengah ruang bilik Riezman.Kejadian tempoh hari membuatkan Riezman melancarkan perang dingin dengan Kasih.’Encik,ada apa-apa yang boleh saya bantu?’Ujar Kasih.’Ini.Fail ni tolong siapkan sebelum tengah hari.Awak boleh keluar sekarang.’Ujar Riezman tanpa memandang wajah Kasih.Dalam hati Tuhan saja yang tahu betapa dia rindukan wajah itu.Kerana terasa dengan Kasih,membuatkan dia mengeraskan dirinya.Kasih terus menaip.Sambil itu dia menjeling Riezman di biliknya.Mungkin Riezman terasa dengan kata-katanya hari itu.Dia tidak sempat meminta maaf kerana Riezman telah dulu memecut keretanya laju.
     Tiada lagi kemesraan pada pandangan Riezman.Kasih pula terasa rindu dengan gurauan dan senyuman Riezman.Selesai kerjanya,Kasih terus menyerahkannya pada Riezman.Riezman menyerahkannya kembali kepada Kasih.’Kalau belum cukup sihat tak payah datang kerja lagi.Ejaan banyak salah.Betulkan balik.Tolong buatkan saya dua cawan coklet.Saya ada tamu.’Riezman masih dengan sikapnya.Dengan berat hati,Kasih berlalu.Perut pun dah berkeroncong.Dia siapkan juga air untuk Riezman.Terasa menggigil tangannya melihat Riezman dan Jessica berdakapan erat.Entah kenapa ada rasa sakit.Adakah dia cemburu melihat kemesraan mereka?Ain datang sambil membawa hidangan tengah hari untuk temannya itu.’Hei,napa?Ni makan.Aku tau kau tak makan lagi.Aku tengok pakwe kau moody je lepas tuan besar datang.Sebab tu aku dapat rasa kau pun akan kena tempiasnya jugak.’ Ain memuncungkan mulutnya.Kasih terus memeluk Ain.’Aku rindukan kau.Asal lama sangat kau balik?’
     Riezman memerhati lagak dua sahabat itu dengan rasa terkilan.Dia tahu dia melukakan hati Kasih. Tapi kata-kata Kasih kelmarin mencabar dirinya untuk memecat Kasih.Dia terlalu takut untuk kehilangan Kasih.Tetapi egonya turut tercabar dengan tindakan Kasih.Dia terpaksa melayan karenah Jessica kerana takut papanya memecat Kasih.’Temankan I pergi shopping sebelum I balik London.’Riezman mengangguk. Terasa berat kakinya hendak menurut ajakan Jessica.’Kejap,I ada kerja yang nak diberikan pada setiausaha I’Riezman mencari alasan untuk bersua dengan Kasih.Kasih tengah menikmati hidangan tengah harinya.Riezman memandangnya dengan penuh kasih.Kasih menoleh.Terasa pahit makanan di dalam mulutnya apabila terpandang Riezman.Kasih tersedak.Cepat-cepat Riezman menghulurkan air dan menepuk belakang Kasih lembut.
     ‘Saya nak keluar.Ada apa hal call saya.Jangan balik selagi saya tak balik office.’Riezman berlalu. Kasih mengeluh panjang.Niatnya hendak berkenalan dengan lelaki yang mencuri hati Ain terbantut. Pukul enam,Ain sudah sedia menunggunya.Kasih menggelengkan kepala.’Apa kenanya si sepet ni? Aku rasa dia sengaja tau nak dera engkau.Dia sedap-sedap je keluar dengan minah zirafah tu.’Marah Ain. Kasih menggeleng.’Biarlah.Dia bos,aku kuli je.Lainkali kau kenalkan aku dengan bakal adik ipar aku. Sayang kau.’Mereka berpelukan.Seorang demi seorang staff pergi,meninggalkan Kasih sendirian.
      Riezman masih menemani Jessica makan setelah selesai membeli barang untuk ibunya.Selepas makan dia perlu menghantarnya ke airport pula.Dia memerhatikan jam.Lapan.Kalau dengan Kasih lama pun tak apa.Riezman menepuk dahi.Kasih,jangan Kasih menunggunya sudah.Riezman mencapai telefon bimbitnya.Masa ni pulak bateri habis.Riezman diserang kerisauan.’Jom,nanti tertinggal flight.Sesudah menghantar Jessica,Riezman memecut laju keretanya. Setelah sampai,dia berlari masuk mendapatkan Kasih.Sayu hatinya melihat Kasih terlena sambil berteleku di atas meja.Perlahan-lahan dia mengejutkan Kasih.Kasih menggosokkan matanya.’Dah pukul berapa?’Riezman tersenyum.Terhibur hatinya melihat telatah Kasih.’Pukul Sembilan lebih sayang.’Ucapnya lembut.
      Kasih mendongak.Nafas mereka bersatu kerana wajah Riezman cukup hampir padanya.Dia bingkas bangun.’Saya tak bagi awak makan gaji untuk tidur.’Riezman masih ingin mendera Kasih. Kalau diikutkan kata hati,mahu saja dipeluknya Kasih kerana menyebabkan Kasih menunggunya lama.Teringatkan ugutan papanya,Riezman rela menderita asalkan Kasih dekat dengannya.Tapi sampai bila dia mampu bertahan.Rasa sayangnya pada Kasih terlalu mendalam.’Jumaat ni,Riez ambik Kasih kat rumah.Kita pergi rumah Sarah sama-sama.Kan ke ada majlis bercukur.’Ujarnya.Kasih menempelak.’Jessica tak marah ke nanti?’Riezman tersenyum.Ada nada cemburu pada kata-kata Kasih. Dan dia tahu Kasih juga ada perasaan yang sama sepertinya.Cuma status Kasih sebagai wanita dan *****memisahkan mereka.’Kasih cemburu ke?’Tanya Riezman.Sambil itu dia merapatkan dirinya pada Kasih.Terasa sesak nafas Kasih.Dia menjauhkan diri dari Riezman.Tetapi Riezman menarik Kasih dekat padanya.Kasih meronta minta dilepaskan.
     ‘Riez tak akan lepaskan Kasih kalau Kasih tak nak mengaku yang Kasih cemburu.’Riezman menderanya lagi.’Encik Riezman,saya tak akan cemburu walaupun Encik Riezman nak bawak mana-mana perempuan sekalipun.Saya tak ada hak dan Encik Riezman pun bukan sapa-sapa bagi saya.’Tangan Riezman terkulai layu.Lain yang diharapkannya keluar dari mulut Kasih.Tapi kata-kata Kasih cukup membuatkan dia tersedar.Kasih terus berlalu.Riezman terduduk di kerusi.                 
      Kasih kembali mengambil begnya yang terlupa.Dia memandang sayu ke arah Riezman.Mungkin ucapannya tadi melukakan hati Riezman.Mahu memujuk,takut Riezman marah.Tapi ada riak kesedihan pada wajah Riezman.Serba salah Kasih dibuatnya.Riezman menatap Kasih sayu.Memang tiada ruangkah di hati Kasih untuknya?Tubuh Kasih didakapnya erat.Entah kenapa Kasih membiarkannya saja.Agak lama,dan Riezman melepaskan Kasih.’Pergilah.Tinggalkan Riez sendiri.’Sayu ucapannya. Kasih terasa berat untuk melangkah.Terasa risau meninggalkan Riezman
     Esoknya,Kasih pergi ke pejabat seperti biasa.Ingin rasanya meminta maaf di atas ucapannya pada Riezman semalam.Tapi dia hampa apabila terpandang nota Riezman.Riezman tak masuk office.Kasih diburu rasa bersalah.Adakah disebabkan dia?Terasa lambat masa berlalu.Ada rasa kekosongan di hati Kasih.Terpandang bilik Riezman,hatinya sayu.Hatinya merintih.
     Pagi Jumaat pun sama.Riezman masih tidak datang ke pejabat.Bagaimana janjinya hendak menjemput Kasih pergi ke majlis anak Sarah?Kasih tetap menunggu.Selepas waktu pejabat,Kasih tersenyum melihat sms dari Riezman.Terus saja dia bersiap menunggu Riezman.Rumah mereka terletak di perumahan yang sama.Terasa dadanya berdebar kencang apabila kereta Riezman berhenti di depan rumahnya.Dia terus mendekati Riezman sambil tersenyum manis.Riezman tidak membalas senyumannya.Kasih menatap wajah di sebelahnya.Terasa rindu.Tapi wajah itu tampak kosong.’Riez, pergi mana dua hari?’Tanya Kasih.’Kenapa nak tahu?Saya bukannya sapa-sapa bagi awak.’Kasih terdiam.Sedih.’Riez,Kasih risaukan Riez.Pejabat,banyak dokumen yang perlu Riez tandatangan. ’Riezman hampa.Kasih mengelak diri untuk menyatakan rindunya pada Riezman.
     Kereta diberhentikan di hadapan rumah mewah.Sarah sedia menunggu.Kenapa sunyi?Kasih senyum pada Sarah.Sarah memeluknya.’Thanks.Sudi Kasih bermalam di sini.’Kasih tersenyum sambil memandang Riezman.Riezman tipu dia ke?Tiada riak bersalah pada wajahnya.’Kasih duduk dulu.Abang tengokkan baby kejap.Nak call Is kejap.Berlatihlah.’Ujar Sarah.Kasih mendekati Riezman.’Kenapa tak bagi tahu Kasih?’Riezman diam.Dia leka membelai sikecil yang lena.’Riez,jawablah.’Kasih mendesak. ‘Kalau Riez bagitahu,nak ke Kasih pergi?’Jawabnya seakan menjerit kecil.’Shh…’Kasih terus mendukung si kecil yang terjaga.Terpana Riezman.Indahnya kalau kasih bergelar ibu nanti. ‘Eh,jaga dah?Bagi kat Sarah.Abang,hantarlah Kasih ke bilik dulu.Kasih,Sarah dah sediakan baju.Untuk esok,abang dah belikan.Jauh abang beli.Sampai ke langkawi.’Kasih terkejut.Rupanya Riezman ke sana.
      ‘Jom,masuk bilik.’Kasih menurut saja.Sebaik saja pintu terbuka,Kasih terpukau.Cantik.Pujinya dalam hati.Bukan macam kamar tamu.Riezman merebahkan badannya ke tilam.Kasih pelik dengan perangai Riezman.’Riez,Kasih nak tukar baju.Please keluar jap.’Rayu Kasih.’Tukar je lah.Riez nak rehat. Inikan bilik Riez.’Wajah Kasih merah padam.Dia memukul lengan Riezman tanda protes.’Apa salah Kasih pada Riez sampai Riez dera Kasih macam ni.’Menitis jua airmata Kasih.Riezman bingkas bangun. Tidak sangka Kasih menangis dengan tindakannya itu.Serba salah menyelubunginya.Kasih ditarik lembut dan airmata Kasih disapunya.’Mari Riez hantarkan ke bilik.Tukar baju,lepas tu turun bawah.Makan malam.’Riezman memimpin tangan Kasih masuk ke bilik yang berdepan dengannya.Pintu terbuka luas. Riezman membuka almari baju.Dicapainya sepasang baju batik warna hijau lembut dan diserahnya pada Kasih.’Tukarlah baju tu.’Sempat dia mendakap erat Kasih dan mengucup lembut dahinya.Terpana lagi Kasih.Apakah disebabkan sayang Kasih membiarkan saja Riezman memeluk dan mengucupnya. Kasih termangu sendiri.Sambil itu tangannya rancak menukar baju.Memang kena pada seleranya.
      Riezman masih setia menunggu di luar.’Mari,Riez tunjukkan sekitar rumah ni.’Tangan Kasih erat dalam genggamannya.’Kasih terpukau.Rumah tiga tingkat ini betul-betul memukau pandangannya.Lif juga disediakan.Itu untuk kesenangan arwah mama Riezman.’Sarah pun nak pindah.Papa dah berhijrah terus ke Kanada.Terpaksalah Riez duduk sorang-sorang kat sini.Nak jual rasa sayang.Banyak sangat kenangan.’Riezman memeluk Kasih dari belakang.Rasa kasihnya semakin membara.’Kasih,dah tamat edah kan?’Kasih menganggukkan kepalanya.Ingin dileraikan dakapan Riezman,takut akan mengecewakan Riezman lagi.Kalau dibiarkan,dia takut dia sendiri yang akan karam.Kasih memberanikan diri mendepankan Riezman.’Riez,Kasih minta maaf,kalau kata Kasih ini nanti mengguris hati Riez.Kasih sebenarnya tak selesa berdua dengan Riez.Terlalu dekat macam ni.Kasih sedar kita tidak sepatutnya rapat macam ni.Riez pun tahu kan.’Riezman mengangguk.’Kalau taknak dekat dengan Riez,Riez pohon satu je.Tolong jangan manjakan Riez.Kita buat tak tahu je.Macam dua orang asing dalam satu kapal. Tolong jangan tanya khabar Riez.’Kasih tunduk diam.Kenapa Riezman begitu rapuh dan emosional?
Biasanya Riezman yang dia kenali kuat.’Kasih,untuk malam ni,kita buat macam loving couple. Riez nak merasa diri ini dicintai.Untuk malam ni aje.Lepas ni,Riez tak akan susahkan Kasih lagi.’Riezman mendakapnya lagi.Sebak rasa hati Kasih.Terlalu berat rasanya untuk dia ucapkan sayang pada Riezman.

      Malam itu,Riezman dan Kasih terasa bahagia sekali.Lebih-lebih lagi Riezman.Sentiasa tersenyum.      
       Sarah menyedari kehadiran Kasih cukup bermakna buat abangnya itu.Malam itu Kasih dilayan bagai kekasih.Riezman begitu bahagia sekali.Kasih sentiasa di sisinya.Tidak berenggang sedikitpun darinya. ‘Abang,pinjam Kasih kejap.’Sarah menarik Kasih membawanya ke tingkat atas.Mereka ke bilik Riezman. Riezman dan Iskandar sibuk melayan Puteri Zarra.Sarah tersenyum memandang Kasih.Dia menghulurkan album pada Kasih.’Lihatlah.Abang begitu memuja Kasih.Sampai sanggup tak kahwin,bawa diri ke Paris semata kecewa cinta tak sempat dia lafazkan.Bila Kasih lihat foto tu,Kasih akan mengerti.Sarah suka Kasih dekat dengan abang.Kalau boleh biar kekal selalu.Dan,Sarah amanahkan Zarra pada Kasih dan abang untuk jaga dia.bukan orang lain.Sarah pergi dulu.’
      Riezman memandang Sarah yang turun seorang diri.Hatinya diserang seribu persoalan.’Kasih?’ Tanyanya.Sarah tersenyum.’Tengah mengimbau kenangan lama.’Riezman terus bergegas naik.Pintu biliknya terbuka.Kasih terduduk di sudut katil menggenggam erat album yang amat dikenalinya.Terus saja dia mendekati Kasih.Album di tangan Kasih ditariknya lembut.’Apa lagi yang Riez sembunyikan dari Kasih.’Tanya Kasih sebaik saja dia memandang Riezman.’Itu dulu Kasih.Masa kat kampus.Kan Riez dah janji lepas malam ni,Riez tak kan ganggu Kasih lagi.’Kasih menatapnya tajam.’Setelah Kasih tahu semuanya,Senang Riez suruh Kasih lupakan?Boleh ke Riez lupakannya semua?’Riezman diam.Kenapa lah Sarah sanggup membuka rahsianya pada Kasih?Riezman kesal.’Kita bincang lainkali Kasih.Jangan rosakkan malam ni.’Rayu Riezman.Kasih berlalu.Rasa hormatnya pada Sarah,membuatkan dia tetap disitu sampai majlis berlangsung esok.Riezman mengekori langkah Kasih.Ditariknya Kasih masuk ke biliknya.Dia berdiri mengadap Kasih.
        ‘Kasih,please,jangan macam ni.Riez akui memang Riez sayangkan Kasih,tapi kita tak boleh bersama.Kasih pun tiada perasaan pada Riez.Apa gunanya bertepuk sebelah tangan.Itu sebabnya Riez tak nak Kasih terima saja perlakuan Riez pada Kasih.Jangan bagi harapan pada Riez kalau Kasih tak sanggup.’Kasih memejamkan matanya tatkala jari Riezman membelai bibirnya.Mahu saja Riezman mengucupnya.Dek rasa sayang pada Kasih dia tidak sanggup mencemarinya.’Pergilah tidur.Kalau Kasih lama di sini,Riez takut akan terbakar kat sini nanti.’Riezman menolak Kasih lembut.Kasih menatap sayu pada Riezman yang terduduk di katil.Dia berpaling mengadap Riezman.duduk mengadapnya sambil mengusap lembut rambut Riezman.’Jangan paksa diri untuk terima Riez.’Kasih merebahkan kepalanya ke riba Riezman.Menarik lembut wajah Riezman ke wajahnya.Riezman yang memang dahagakan cinta Kasih terus mengucup lembut bibir Kasih.Mereka hanyut dalam cumbuan itu.Perlahan Riezman melepaskan dakapannya pada Kasih sambil beristighfar.’Please jangan nanti kita menyesal.Riez sayangkan Kasih,tapi bukan dengan cara ini.’
        Dahi Kasih dikucup lembut’.Kasih tidur di sini,biar Riez tidur kat sebelah.’Riezman terus keluar. Kasih terlena.Berlinang airmatanya,menyesali atas perkara tadi.Riezman memang baik kerana tidak mengambil kesempatan atas dirinya.Mengapa begitu sukar untuk dia mengakui yang dia memang sayangkan Riezman.Kasih terlena. Riezman datang untuk mengambil bajunya.Dengan berhati-hati dia menyelimut badan Kasih.’Kasih sayangkan Riez.’Riezman terkejut.Tersenyum.menatap wajah itu lembut. Mengucup lembut dahinya dan berlalu.Riezman ke luar balkoni.Teringat akan Kasih.Papanya sudah memberI amaran padanya.Jessica pula sering menelefon bertanya itu ini.Terasa dirinya hidup Cuma bawah telunjuk orang lain.Kasih.Mengingati dirinya,cukup membuatkan Riezman bahagia. Apatah lagi Kasih memang sukakan dirinya.Cuma Kasih takut untuk mengaku.Riezman tersentak mendengar ketukan di pintu.Sebaik pintu terbuka,muncul Kasih.’Kasih nak minum,tapi segan nak turun.Mana tau terserempak sapa-sapa.’Kasih mengetap bibirnya.’Marilah,Riez temankan.’Kasih mengekori langkah Riezman.`Biarlah,Kasih tuangkan sendiri.’Ujarnya bila Riezman mencapai botol air.
        ‘Tolong Riez boleh tak?Buatkan nescaffe.’Pintanya.Riezman menunjuk tempat simpanan barang dapur.Sambil itu matanya leka memerhatikan Kasih yang mengacau air.Cawan bertukar tangan.’Tengok tv dulu.Temankan Riez.’Kasih menurut.Terus saja dia melabuhkan punggungyna ke sofa.Riezman merebahkkan kepalanya ke riba Kasih. ‘Seronok kan kalau macam ni selalu.’Ujar Riezman.’Riez memang selalu macam ni ke dengan perempuan?’Tanya Kasih.’Kenapa Tanya.Adalah dua orang.Dengan orang yang Riez sayang je.Termasuk Kasih.’Ujar Riezman.’Sorang lagi sapa?’Riezman tersenyum.Ingin dia menduga.’Seorang yang amat bermakna dalam hidup ni.Kasih pun kalah dengan dia.’Wajah Kasih berubah.Riezman tersenyum.’Jangan nak merajuk dan cemburu.Mama Riez lah.Nak mati kalau Riez buat anak dara orang macam tu.’Kasih tersentak.Terasa.Dia bekas isteri orang.’Sebab tu,Riez berani buat macam ni kat Kasih.Sebab Kasih ni bekas orang,gitu?’Riezman terus bangun.’Riez tak bermaksud macam tu.Kasih tetap suci dan sempurna pada Riez.Kalaulah Kasih sudi,malam ni jugak Riez kahwin dengan Kasih.Riez tahu,Kasih tak akan tolak.’
         Riezman baring lagi ke riba Kasih manja.’Riez yakin ke Kasih tak tolak.’Riezman menarik manja hidung Kasih.Kasih menepis.’Yakin.Sebab Riez dah temui jawapannya tadi.Riez pun sayangkan Kasih.’ Ditariknya wajah Kasih rapat ke wajahnya.Bibir Kasih jadi mangsa lagi.’Janganlah.Malu.’Kasih menarik mukanya.’Ok,jom kita masuk bilik.’Kasih menjegilkan matanya.Riezman tergelak kecil.’Ajak kahwin tak nak.Kita kahwin lusa je lah.Riez dah tak sanggup nak tunggu.’Kasih diam.’Kasih tak sedia lagi.Kalau Riez tak sabar sangat,Riez carik orang lain.’Ujarnya.Riezman menyinga.Terasa dia mendengar kata-kata Kasih.Dia bingkas bangun.’Jom.Dah lewat.’Riezman terus naik ke bilik.Belum sempat Kasih mengucap selamat malam,pintu terus ditutup rapat.Riezman memang terasa.Kasih mengeluh.Dia rosakkan lagi mood Riezman.
        Pagi ini,Kasih awal bangun.Selesai mandi,dapur terus dijengahnya.Kelihatan pembantu rumah sibuk menyediakan sarapan.Dia tersenyum.’Awal cik bangun? Duduklah kat depan.’Katanya menegur Kasih.Makcik yang sebaya mak Kasih itu tersenyum.’Kasih.Panggil je kasih.Makcik masak apa?Kasih tolong.’Kasih terus mencapai teko dan membancuh air.Mak Siah menegur,tapi Kasih tetap membantu. Terus saja mihun di atsa meja digorengnya. Mak Siah menatang air susu dalam dulang. ‘Itu untuk sapa pulak?’Mak Siah tersenyum.’Untuk si Riezman.Pagi memang dia minum susu.Untuk belakangnya.Asyik duduk buat kerja,terasa lah sakit.’ Kasih tersenyum.’Kasih hantarkan je.’Mak Siah tersenyum.Dulang bertukar tangan.Kasih terus mengetuk pintu bilik Riezman.Tiada jawapan.Terus saja dia masuk..’Umi letak kat meja.’Terdengar suara dari bilik mandi.
          Riezman terus saja keluar berpakaian t.shirt dan seluar jeans.Terpandang saja Riezman,Kasih tersenyum sambil menghulur gelas berisi susu.Riezman terus saja minum tanpa memandangnya.Gelas kosong dihulurkan pada Kasih.’Kalau tak sudi,tak payah nak practise jaga Riez.Biar Riez carik sapa yang sudi jaga Riez .’Ujarnya.Kasih menarik nafas.’Pasal semalam,Kasih mintak maaf.’Riezman tersenyum pahit.’Tak ada apa yang perlu dimaafkan. Riez sedar yang Riez tak mampu nak pikat Kasih.’Kasih mengerut dahi.’Jangan macam budak kecil,Riez.Kasih cakap Kasih tak sedia lagi.Bukannya tak nak.’Ujarnya lagi.’Bukan ke Kasih suruh Riez carik yang lain?’Riezman menepis ucapannya.Kasih ingin menjelaskan lagi,tapi Riezman terus meninggalkannya.Terus saja Kasih keluar.
         Di dapur kedengaran suara Riezman mengusik Mak Siah.Suara Sarah turut kedengaran. ‘Patut lah berseri-seri pagi ni.Ada orang jadi tukang hantar susu.Perempuan cantik hantar susu,sapa-sapa pun tak tolak.’Usik Sarah.Kasih tersenyum.’Umi masak apa ni?’Riezman terus mencedok mihun ke pinggan.’Gelojoh.Bukan nak pelawa orang pun.’Rungut Sarah.Sambil itu dia menarik Kasih duduk di sisinya.Sarah mencedok mihun untuknya.Riezman mencedok lagi.Mak Siah mengusik.’Bertambah makannya?Sedap kan bakal menantu umi masak?’Sarah tersenyum.Riezman diam.Sedap.Katanya dalam hati.Dia tersenyum saja tanpa kata.Kasih turut sama mendiamkan diri.
        Setelah bersarapan,masing-masing tenggelam dalam kesibukkan membuat persiapan majlis.Kasih hampa apabila Ain tidak dapat hadir.Nasiblah Riezman menggaji ramai pembantu.Rumah mewah sebegini,kalau seorang pembantu pengsan.Gerutu Kasih dalam hati.’Kasih pergi mandi lagi.Dah berpeluh tu.Tolong panggilkan abag.Dari tadi tak nampak pun muka.’Kata Sarah sebaik saja persiapan siap.
Kasih terus naik.Matanya tertumpu ke arah baju kebaya pendek di atas katil. Mungkin Riezman yang meletakkannya di situ.Kasih terus bersiap.Makeup nipis. Pintu bilik Riezman terbuka sedikit.Riezman terkial-kial dengan butang baju melayunya.Kasih terus masuk.Menawar diri menolong.Riezman terpukau.Cantik.Tanpa sedar,dia merangkul mesra pinggang Kasih yang leka mengancingkan butang bajunya.Kasih terpana.Tangannya menggeletar.
        Riezman tidak terus melepaskan rangkulannya walaupun butang bajunya siap Kasih butangkan. Wajah Kasih ditatapnya lama.Kedengaran suara lelaki dari luar.Riezman panik.Papa.Riezman terus keluar mendapatkan papanya.Kasih gelisah menunggu.Bagaimana penerimaan papa Riezman?Dalam gelisah menanti Riezman,tersembul wajah Riezman.’Kasih keluar.Nanti Riez datang.’Ujarnya.Kasih terus meluru keluar.Tetamu semakin memenuhi ruang tamu.Matanya liar mencari kelibat Riezman.Tidak kelihatan pun Riezman.Sarah dan Iskandar sibuk menyambut tetamu yang semakin ramai datang. Terasa tangannya ditarik ke tepi.Riezman menarik Kasih kerana dia melihat Kasih macam terasing. ‘Duduk dengan umi dekat buai tu.Daripada Kasih berdiri macam tiang eletrik kat sini.’Usiknya.Kasih senyum pahit.’By the way,you look gourgeus tonight.’Kata Riezman.Kasih mendapatkan Mak Siah dan duduk di sisinya yang sedang membuai Puteri Zarra.Riezman hilang dalam keriuhan tetamu. ‘Kasih tak biasa ke?Ini baru pertama kali Kasih ke sini.Boleh dikatakan,rumah ni sering menerima tetamu.Tiap-tiap tahun ada saja majlis itu,ini.’Kasih mengangkat keningnya.’Mak Siah lah yang penat.’Kasih terasa telinganya disentuh sesuatu.Perbualannya dengan wanita di sisinya terganggu.Terasa ada lagi yang mengusik.Cepat-cepat Kasih menyambar empunya jari.Mak Siah bangun.Riezman menahan gelak.
             Majlis berakhir pukul sebelas malam.Terasa penat.Kasih memicit tengkuknya.Riezman masih sibuk dengan temannya.Kasih menyibukkan diri dengan Puteri Zarra.Terlena si kecil dalam buaian. Kasih menguap beberapa kali.Mata dipejam rapat.Riezman memerhati dari jauh.Kesian memandang Kasih.Mesti Kasih kepenatan.Sarah mendapatkan Kasih.’Kasih rehatlah kat atas.Sarah dengan Is nak hantar papa ke airport.Tolong tengokkan Zarra dan jaga dia. Satu lagi,tu tolong jaga abang kesayangan Sarah tu.Jangan pernah tinggalkan dia.Sarah pergi.’Ujar Sarah.Kasih terkejut apabila Sarah berpaling dan memeluknya erat.Agak lama barulah Sarah melepaskannya. Sarah juga memeluk Riezman erat. ‘Jangan lepaskan Kasih lagi.’Pesannya terus masuk ke kereta.
             Kasih terlena.Tangisan Zarra mengejutkan lenanya.Terus dia mendapatkan Zarra.’Kenapa makcik?’Tanyanya.Zarra terus didukungnya.’Sarah dengan Is ni tak balik-balik lagi.Riezman telefon banyak kali tak angkat.’Ada riak kerisauan pada wajah Mak Siah.’Kejap lagi balik le tu.’Pujuk Kasih.Dia menenangkan Mak Siah.Sedangkan dia juga turut bimbang. ‘Biarkan Zarra dengan Kasih.Makcik tidurlah.’Mak Siah mengangguk dan turun.Kasih terus mendukung Zarra masuk.Ditepuknya lembut.Lama juga si kecil meragam,barulah dia terlena.Kasih menarik nafas lega.Dia baring di sebelah Zarra.Baru mata hendak dipejam,Riezman muncul tergesa-gesa.Kasih kerisauan.’Siap dan temankan Riez.’Ada riak kerisauan pada wajah Riezman.Mak Siah terus mendapatkan Zarra.Matanya bertakung.
            Kasih mengekori langkah Riezman.Sebaik saja masuk ke dalam kereta,Riezman terus memecut keretanya laju.Kecut rasanya.’Riez,kita nak ke mana?Perlahanlah sikit.’Ujar Kasih.Riezman diam.Kereta masih dipandu laju.Terasa melayang semangat Kasih.Satu jam di dalam kereta dengan Riezman,terasa seram sejuk Kasih dibuatnya.Kereta diberhentikan di depan hospital.Airport?Hospital ni dekat dengan airport.Kasih mula dibayangi kerisauan.Bilik pengecaman mayat?Riezman membuka kain penutup badan yang kaku.Tangannya menggigil.Lemah badannya bila terpandang sekujur tubuh adik iparnya itu.Kasih tersentap.Sarah?Kasih turut mengekori langkah Riezman ke ruangan kecemasan.Tiga jam mereka  menunggu.Keterangan doktor begitu meruntun hati Kasih.Riezman terduduk di kerusi.Pemergian Sarah dan Iskandar begitu mendadak.Teringatkan Zarra,hati Kasih sayu tiba-tiba.Riezman didekati. Riezman terus menangis di atas ribanya.Datuk Zamri berlari mendapatkan mereka.Terus saja dia berpatah balik apabila Mak Siah menelefonnya tadi.Tubuh Riezman didakapnya erat.Terus saja dia rebah apabila diberitahu anak perempuan kesayangannya meninggal.
             Bagai dihempap batu besar.Riezman menerima berita itu dengan pelbagai rasa.Papanya terus lumpuh akibat terlampau tertekan dengan pemergian Sarah.Memang sejak kematian Datin Linda,dia disahkan doktor supaya tidak menerima penekanan.Jantungnya tidak cukup kuat untuk menerima sebarang kejutan.Simpati Kasih pada Riezman bertambah.’Riez,Kasih tetap ada di sisi Riez.’Ujarnya.Riezman menoleh.’Sampai bila Kasih mampu temankan Riez?Bersama dengan Riez?’ Kasih ditatap sayu.’Sampai Riez rasa jemu dengan Kasih.Kasih akan pergi kalau Riez sendiri yang pinta Kasih pergi.Selagi Riez perlukan Kasih,Kasih tetap di sisi Riez.’Riezman terus mendakap Kasih erat.’ Terasa beban di dadanya selama ini bebas. ‘Thanks sayang.’Kasih tersenyum membalas senyuman Riezman. Datuk Zamri masih tidak sedarkan diri.
           Semua urusan pengkebumian akan diuruskan Riezman.Jenazah kedua mereka akan dikebumikan awal pagi esoknya.Rumah mewah itu riuh dengan bacaan yassin.Kasih mendapatkan Zarra yang terjaga.Terpandang saja sikecil membuatkan hatinya sayu. Ain sudah dimaklumnya.Riezman mendapatkan Zarra.Memeluk erat sikecil.’Biar Kasih tidurkan dia.Riez rehat.Esok banyak kerja yang perlu Riez lakukan.’Zarra terus didukungnya.’Biar Zarra tidur dengan mama Kasih.’Ujar Kasih pada sekecil.Riezman menatap lama wajah di depannya.Bagaikan tidak percaya dengan ucapan Kasih. Kasih menepuk Zarra sampai tertidur.Riezman masih setia di sisinya.Menuggu kepastian dari empunya diri.
         ‘Betul ke Kasih sanggup terima Riez dan Zarra?’Kasih dipandangnya.Kasih menarik nafas.Dia mengangguk.’Thanks sayang.Selesai saja urusan ni,kita kahwin.’Kasih tersenyum.Riezman bersyukur.Dalam duka ada bahagia menanti.Dia tertidur di sebelah Zarra.Kasih bermain-main dengan anak rambut Riezman.Membelai lembut wajahnya.Riezman yang terjaga membiarkan saja perbuatan Kasih.Dia juga bahagia dengan perlakuan Kasih.Sengaja dia membiarkan Kasih
mengejutkannya.Riezman membuka matanya.’Dah subuh?’Dia pura-pura bertanya.Kasih mengangguk.
Riezman terus membersihkan diri.Terus turun untuk urusan pengkebumian jenazah.
         Selesai pengkebumian,Riezman terus pergi ke hospital.Menjenguk papanya.Keadaan Datuk Zamri masih sama.Masih tidak sedarkan diri lagi.’Macam mana keadaan papa saya doktor?’Tanya Riezman pada doktot yang kebetulan memeriksa papanya.’Dia masih dalam keadaan terkejut lagi.Jantung dia memang ada masalah.Jadi adalah lebih baik dia dirawat di sini.Apabila dia sedar nanti,terpulang pada encik,nak teruskan rawatan di sini ataupun pindahkan dia ke hospital berdekatan.’Riezman mengangguk.
         Kasih masih setia menemani Riezman.Zarrra yang tidur pulas ditatap sayu.’Jangan bimbang sayang.Mama Kasih dah janji akan menjaga Zarra dan papa Riezman pada mama Sarah.Mama Kasih tak akan pernah tinggalkan Zarra dan papa Riezman.’Ujar Kasih.Riezman yang berada di balik pintu tersenyum.Bahagia rasanya apabila dia mendengar kata Kasih.Pintu diketuk.Kasih berpaling. Riezman mendekati.Terus saja dia duduk di sebelah Kasih.Mengucup pipi Zarra lembut.’Datuk macam mana?’ Tanya Kasih.Riezman menarik nafas.Terasa berat rasanya hendak memberitahu Kasih.Kasih masih menunggu jawapan Riezman.’Belum sedar.Kalau sedar pun,mesti dia akan sedih lagi teringatkan arwah Sarah.’Ujar Riezman.’Riez sabar lah.Doakan terbaik.’Ujar Kasih untuk menenangkan Riezman.
          ‘Kasih duduk sini dulu.Temankan Riez.Riez sunyi sangat.Mujur Kasih ada pada waktu ni.Dengan Zarra lagi.Tak tahu macam mana Riez nak hadapi semua ni.’Riezman baring di sebelah anak saudaranya itu.Kasih menjadi pemerhati.Riezman pejamkan matanya.Terus saja Kasih bangun. Mungkin Riezman penat.Pintu ditutup perlahan.Sampai saja di bilik dihuninya,Kasih terus merebahkan diri di atas katil.Dia memejamkan matanya.Terasa rindu pada rumahnya.Hampir satu minggu dia di rumah besar ini.
Dan berapa hari juga dia tidak hadir ke pejabat.Rindu rasanya dengan gelak tawa Ain.Kasihan Ain.Kasih masih belum sempat mengenali jejaka yang berjaya menawan hati teman karibnya itu.Dalam Kasih leka mengingati Ain,terdengar tangisan kecil Zarra.Terus saja dia mendapatkan Zarra.Riezman terlalu letih agaknya.Sampaikan tangisan si kecil tidak mengejutkan lenanya.Kasih terus menepuk Zarra lembut.
          Sebaik saja Zarra lena,Kasih menggoncang lembut bahu Riezman.Sebaik saja tersentuh badan Riezman,Kasih tersentak.Panas.Dia memanggil Riezman.Perlahan saja Riezman membuka matanya.
‘’Riez,badan Riez panas.Nanti Kasih carikan ubat.Riez makan ubat ya.’’ Kasih terus turun dan menghala ke bilik Mak Siah.Pintu bilik diketuknya.Mak Siah menggosok matanya.”Ada ubat demam tak makcik? Riezman demam tu.”Kata Kasih.Mak Siah bergegas ke dapur.Terus saja dia meghulurkan panadol pada Kasih.’’Tak menyusahkan Kasih ke?”Kasih tersenym sambil menggelengkan kepalanya.
          Terus saja dia ke bilik dan mengejutkan Riezman.Kelihatan agak payah untuk Riezman membuka matanya.’’Buka mulutnya.Telan ubat ni.’’Riezman menurut saja.Terasa perit tekaknya.”Thanks sayang.”
Matanya tertutup rapat.Kasih terus meletakkan tuala basah ke dahi Riezman.Entah bila dia terlelap. Sebaik saja sedar dari tidur,Kasih terpana.Riezman tiada di atas katil.Dia pula di atas katil.Sebaik saja terpandang baju di tepi katil,Kasih tersenyum.Dia bingkas bangun untuk mandi.Terasa segar badannya lepas mandi.Sebaik saja bersiap,Kasih terus mendapatkan Mak Siah di dapur.Riezman tiada di ruang tamu.”Makcik,Riezman mana?Kasih ingat nak balik hari ni.’’Ujar Kasih.”Pejabat.Ada kerja sikit.Kasih tunggu Riezman.Dia dah pesan kat makcik tadi.Sarapan dulu.”Ujar Mak Siah.Kasih menurut.
        Selepas sarapan,terus saja dia menjengah Zarra di biliknya.Tidur rupanya.Terpandang saja wajah Zarra,sayu rasa hati Kasih.Berat rasanya hendak balik.”Mama balik hari ni.Nanti,mama datang jenguk Zarra.Nanti mama rindukan Zarra.”Kasih membelai lembut pipi Zarra.Tanpa sedar dirinya diperhatikan.
“Rindukan Zarra je?Papa Zarra?”Kasih terkejut.Riezman sudah berada di sisinya.”Kasih nak balik hari ni? Petang karang Riez hantar.”Riezman duduk di tepi katil Zarra.Dia batuk kecil.”Riez dah sihat ke?”Kasih tampak risau.Riezman tersenuym.Dia mendekati Kasih.Tubuh di hadapannya didakap erat.”Riez ok. Sudah lama Kasih duduk sini.Riez tak ada hak nak tegah Kasih walaupun Riez tak nak Kasih balik. “ Riezman mengeratkan pelukannya.
       Kasih resah.Lama lagi dia di situ,dia takut hatinya makin terusik dengan tindak tanduk Riezman. “Kerja kat pejabat mesti dah bertimbun.Nanti apa kata datuk.”Kasih berkata lembut.Riezman mengangkat dagu Kasih.”Kasih takutkan datuk atau tak nak berada dekat dengan Riez?”Riezman menduga.Matanya menatap lembut wajah Kasih.Kasih terpukul.Riezman seakan dapat menduga dirinya.”Nanti,kalau klien lari,sapa nak tanggung?”Ujar Kasih pula.”Riez tak kisah klien lari,asalkan Kasih tak lari dari Riez.” Kasih berkata lembut.”Kasih nak lari ke mana?Rumah Kasih dengan rumah Riez dekat taman yang sama.Dekat pejabat pun Riez jumpa Kasih.’’Riezman mengusik.”Tidur tak sama.”Merah padam muka Kasih.Riezman ketawa kecil.Bibirnya singgah ke pipi Kasih.”Jom ambik angin kat luar.Tak sempat lagi Riez nak berdua dengan Kasih.Zarra,Mak Siah ada.’’Tangan Kasih terus dipimpinnya.
        Petang itu,Riezman menghantar Kasih balik ke rumahnya.Berat rasa hatinya.”Kita jumpa lagi Isnin.
Jaga diri Kasih.I will miss you so much.’’Ujar Riezman.’’Hati-hati bawak kereta.Jaga Zarra.”Kasih terus membuka pagar.Belum sempat dia masuk,tangannya ditarik kasar.Kasih menjerit.”Zaman?!Apa ni lepaslah!”Kasih meronta.Wajah di hadapannya menyinga.”Dah pandai bawak jantan balik. ‘’kasih ditolak kasar.Belakangnya terhentak kuat ke dinding.Terasa perit kepalanya terhantuk dinding.``Zaman,kalau awak berkasar lagi,saya report polis.’’Kasih menggugut.``Reportlah.Aku nak tengok berani ke tidak kau buat.’’Kasih menekan phonenya.Zaman merampas telefon Kasih dan mencampaknya.Pipi Kasih sempat ditampar kuat sebelum dia berlalu.Terduduk Kasih di depan pagar sambil melihat kereta Zaman berlalu.
      Riezman resah.Telefon Kasih tidak aktif.Terus saja dia berpatah balik.Kasih cuba bangun.Terasa perit bekas tamparan Zaman.Belakangnya juga sakit.Bagaimana Zaman boleh berlaku kasar sedemikian rupa padanya.Apa lagi salahnya pada Zaman?Badannya terasa ringan.Mujur Riezman sempat sampai. Kasih terus didukungnya masuk ke kereta.Kereta terus saja dihala ke klinik.Riezman menunggu dengan resah.Tidak sabar rasanya menunggu Kasih sedar.Dia hendak tahu apa yang berlaku pada Kasih. Dia merenung telefon milik Kasih.Patutlah tidak aktif.Pecah.Terasa menyesal dia meninggalkan Kasih. Kasih keluar.Terus saja Riezman memimpinnya pergi.Di dalam kereta,Kasih mendiamkan diri.Riezman tidak berani untuk bertanya.Takut pertanyaannya nanti menambah sedih Kasih.Melihat keadaan Kasih,terasa panas hatinya.Tanpa sedar dia menumbuk stereng kereta.Kasih terkejut.
      ``Zaman yang buatkan?Apa lagi yang dia tak puas hati dekat Kasih?’’Riezman membentak.Terasa panas menyimbah ke mukanya.Airmata Kasih menitis.Tiada jawapan untuk soalan Riezman.Dia pun tak mengerti kenapa orang yang pernah berkongsi hidup dengannya dulu berubah sangat.Dulu Zaman tidak sekasar itu.``Buat report polis je.Nanti kalau dibiarkan takut teruk Kasih dia buat.’’Gelengan Kasih membuatkan Riezman hairan.”Kenapa?Kasih takut ke atau masih sayangkan Zaman?’’Kasih diam. Kereta diberhentikan di hadapan rumah Kasih.Sebaik saja Kasih masuk ke dalam rumah,Riezman terus memecutkan keretanya.Kasih duduk di sofa.Terasa sedikit terkilan dengan sikap Riezman sebentar tadi.
       Riezman terus masuk ke biliknya.Kalau diikutkan hatinya yang panas,memang Zaman akan merasa akibatnya.Sanggup dia naik tangan ke muka Kasih.Riezman terus masuk ke bilik air dan membersihkan diri.Terasa kurang sikit amarahnya bila tubuhnya disiram air.Lama dia berendam dalam tab mandi. Setelah rasa segar,Riezman terus keluar.Matanya terpandang telefon milik Kasih.Terlupa dia tinggalkan telefon miliknya untuk Kasih.Riezman resah.Takut apa-apa terjadi pada Kasih,Riezman cepat-cepat bersiap.Keretanya dipandu ke rumah Kasih.Sebaik saja sampai,loceng terus ditekan.Pintu pagar dibuka. Riezman terus mendapatkan Kasih di muka pintu.Telefon terus diserahnya pada Kasih.’’Pakai phone Riez ni.Senang Riez nak contact.Jangan buat Riez resah kat rumah.’’Riezman ingin berlalu.Dengan cepat Kasih mencapai tangannya.Tubuh mereka bersatu.Riezman terpana.Tapi dia bahagia.Dia tahu juga Kasih memang sayangkan dia.Riezman tersenyum.’’Sama-sama kasih.Riez tahu Kasih nak ucapkan terima kasih kat Riez.Tapi sayang,sini kat depan pintu,nanti tak pasal-pasal kita kena kahwin free.’’ Barulah Kasih tersedar.Pelukannya dilepaskan.
       ‘’Kalau takut duduk sorang,Kasih balik ikut Riez.Lagipun Riez risau Kasih tinggal sorang.’’Kasih menggeleng.Riezman menarik nafas.Hampa.’’Tak manis orang pandang.’’Riezman tersenyum.’’Kita kahwin awal tahun depan.Riez nak jaga Kasih.Lagipun dah lama Riez tunggu Kasih.Tak sanggup rasanya duduk berjauhan dengan Kasih lagi.Papa nanti Riez uruskan.Lagipun papa kena strok. Pagi tadi Riez jenguk papa.Sedih rasanya.’’Kasih terkejut.’’Kesian datuk.’’Ujar Kasih.Riezman tersenyum pahit. ‘’Sayang tinggal dulu.Nanti malam,Riez call Kasih.Jangan tidur pulak.’’Riezman mengucup lembut dahi Kasih sebelum beredar.Pintu terus dikunci sebaik saja Riezman berlalu.
        Malam itu mereka bersembang  agak lama.Hilang rindu Riezman sebaik saja mendengar suara Kasih.Malam itu terasa indah.Riezman dibuai rasa sayang.Dipandangnya potret Kasih sewaktu mereka di kampus.Potret itu dibawanya ke dada.Terus saja dia terlena.Begitu juga dengan Kasih.Inilah rasanya bila diri diterima seadanya.Dia tidak merasa begitu sewaktu bersama dengan Zaman dulu.Mungkin inilah hikmah di sebalik kejadian yang berlaku padanya.Penceraian dengan Zaman ada hikmahnya. Berakhirnya rumahtangganya dan Zaman tapi permulaan cintanya dengan Riezman.Kasih terlena dalam bahagia. Moga-moga hubungannya dengan Riezman direstui.Lebih-lebih lagi oleh papa Riezman.
        Esoknya,Kasih menerima pesanan ringkas dari Riezman.Menyatakan rindu dan bertanyakan keadaan Kasih.Belum sempat Kasih membalas pesanan Riezman,telefonnya terus berbunyi. Suara Riezman kedengaran.Kasih terus bersiap.Riezman menjemputnya untuk bersarapan bersama.Kasih bersolek nipis. Walaupun masih terasa sakit,dia cukup bahagia untuk berjumpa Riezman.Kasih sudah di depan pintu menunggu Riezman.Sebaik saja Riezman sampai,dia terus keluar.Riezman menghadiahkan morning kiss di pipinya.’’Kita breakfast kat restoren depan sana je.Lepas ni Riez nak singgah office kejap.
Ada dokumen yang nak Riez tandatangan.’’Kasih mengangguk.
        Zaman yang memerhati dari jauh tampak geram.Dia kurang senang dengan kebahagiaan Kasih dengan Riezman. Masih terasa sakit hatinya apabila rumah mereka diserahkan pada Kasih. Kasih yang lebih berhak ke atas rumah itu.Zaman terpaksa menyewa.Hendak duduk dengan keluarga,dia terasa tidak bebas.Sekarang pula dia terpaksa berjimat.Nodanya dengan teman wanitanya terpaksa ditanggung. Zaman cukup tertekan.Penceraiannya dengan Kasih adalah satu musibah buat dirinya.Dulu sewaktu dengan Kasih,dia sedikit pun tiada masalah kewangan.Bila tiada duit,Kasih yang akan memberinya.Dia Cuma perlu menadah tangan meminta duit pada Kasih.Berbeza dengan keadaannya sekarang ini.                      
          Riezman dan Kasih terus ke pejabat setelah menikmati sarapan pagi.Kasih turut serta menjenguk mejanya.Seminggu lebih ditinggalkan mesti kerjanya bertimbun.Riezman menjeling sambil tersenyum. Kosong.Kasih terus menghantar pesanan ringkas pada Ain.Sebaik saja menerima balasan dari Ain,Kasih terus menjeling Riezman di biliknya.Riezman menyogok Ain dengan cuti untuk menyiapkan kerja Kasih yang tertangguh.Riezman menghantar isyarat tangan menyuruh Kasih masuk.’’Seronok kan Ain bercuti kat kampung.’’Mata Riezman melekat pada skrin computer.’’Tak baik Riez buat Ain macam tu.Dah kerja Kasih,lambat atau cepat biar kasih siapkan.Jangan pilih kasih pulak.’’Riezman mengusik.’’Dah muktamad Riez pilih Kasih,tak akan Riez pilih orang lain pulak.’’Kasih mencubit lengan Riezman.Geram Riezaman masih sempat mengusiknya.’’Lainkali,cubit tempat lain.Kat sini tak sedap.Cubit pakai ni.’’Riezman menunjuk isyarat mulut pada Kasih.Kasih terus keluar.’’Ulat bulu.’’Usiknya pula pada Riezman yang tersenyum nakal.
         Kasih terlelap.Riezman memandangnya penuh kasih.Mungkin Kasih penat.Satu minggu lebih Kasih menemaninya.Tidak mampu untuk Riezman balas segala budi Kasih.Perlahan dia mengejutkan Kasih. ‘’Sayang,bangun.Kita balik.’’Kasih membuka mata.Wajah Riezman yang begitu hampir dengannya ditolak lembut.’’Kesiannya sampai tertidur.Riez hantar Kasih.’’Kasih menggeleng manja.’’Kasih nak jumpa Zarra kejap.Lepas tu,baru Riez hantar Kasih balik.’’Riezman tersenyum.Terus saja dipimpinnya tangan Kasih. Kasih menolak.’’Takut security Nampak.Nanti satu pejabat ni bercerita.’’Riezman mengangkat bahu.Menurut saja kata Kasih.Dia perlu menghormati Kasih.
        Sampai saja di rumah,Kasih terus menjengah Zarra.’’Biar Kasih bagi Zarra mandi makcik.’’Ujar Kasih apabila melihat Mak Siah membawa Zarra ke kamar mandi.Kasih cuba jua walaupun dia lansung tiada pengalaman memandikan bayi.Riezman berdiri di sisinya.Walaupun kekok,Kasih selesai juga memandikan Zarra.Dia terus saja menyapu bedak dan memakaikan baju pada Zarra.Dikucupya lembut pipi Zarra.’’Wangi dah baby mama ni.’’Ujar Kasih.’’Papa pun nak kiss jugak.’’Ujar Riezman.’’Papa tak mandi lagi,busuk.’’Usik Kasih.’’Ok,papa mandi.Lepas ni mama kena kiss papa.’’Bisiknya ke telinga Kasih.
       Riezman terus berlalu.Zarra tertidur setelah menghabiskan satu botol susu.Kasih terlelap di sisi Zarra. Riezman menghampiri dua insan yang disayanginya.Wajah keduanya diamati.Lena sungguh keduanya.Melihat wajah Kasih hatinya terasa sayu dan rindu.Ingin membelai insan yang tersayang. Dahi Kasih dikucup lembut.Riezman terus berlalu menuju ke bilik bacaan.Fail di atas mejanya dipandang kosong.Terasa malas hendak menjengah fail itu.Awal tahun ini anak Datuk Azmi akan mengambil alih tempat Datuk Azmi.Bukan Riezman tak kenal Shahila.Berjumpa di London.Dan kenal tiga tahun dengan Shahila.Mereka agak rapat tika itu.Shahila memang ada menyimpan perasaan pada Riezman.
       Riezman menatap gambar Kasih di sudut mejanya.Tersenyum melihat gambar kenakalan Kasih mengenakan salah seorang junior mereka.Gambar itu di bawanya ke dada.Riezman memejamkan matanya.Kepenatan membuatkan dia terlena.Langsung tidak menyedari kehadiran Kasih di sisinya. Kasih mengambil gambar dari tangan Riezman dengan cermat.Dia takut Riezman terjaga.Sebaik saja terpandang gambar di tangannya,Kasih senyum.Terasa tubuhnya didakap lembut.Tangan Riezman erat memeluknya.``Nakal kan sayang masa tu.’’Terasa meremang dirinya apabila berada terlalu dekat dan rapat dengan Riezman. Riezman mengelus lembut belakang Kasih.Bahu Kasih yang sedikit terdedah dikucup lembut.Kucupan itu membuatkan Kasih memejam erat matanya.``Be my wife sayang?’’Riezman berkata lembut.Mereka saling berpandangan.Riezman menarik dagu Kasih dan mengucup lembut bibir Kasih yang sedikit terbuka.Perlahan Kasih membalas kucupan Riezman.Masing-masing tenggelam dalam kerinduan dan kasih sayang.Kasih perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
        ``Kasih nak balik.Tolong hantarkan?’’Riezman memandang sayu.``Please stay.’’Rayunya.Kasih menggeleng.``Ada baiknya buat masa ni kita jarakkan dulu diri kita.Kasih takut…’’Riezman cepat-cepat mengucup lembut bibirnya.Kasih terpana lagi.Agak lama Kasih menurut saja rentak Riezman.Terasa jari Riezman mula bermain dengan butang baju Kasih.Kasih terkial-kial untuk melepaskan diri.Riezman memujuk dengan ucapan sayang.Apabila merasakan Riezman hilang kawalan Kasih menolak Riezman kasar.``Kasih tak semurah itu.’’Dia terus berlari meninggalkan Riezman dan menahan teksi yang kebetulan berada di depan banglo mewah itu.Kasih tidak mempedulikan panggilan Riezman.Sampai saja di rumahnya Kasih menangis semahunya.Telefon dimatikan. Riezman mengutuk dirinya.Begitu kesal dengan tindakannya pada Kasih tadi.Riezman termenung.Bagaimana hendak berdepan dengan Kasih?Malu sungguh dia dengan Kasih.Kalau Kasih menolak dirinya dan berdendam dengannya mesti hidupnya sepi.



         Seminggu selepas kejadian itu,mereka bagaikan terasing.Lebih-lebih lagi setelah Datuk Azmi sedar dari koma,Riezman dan Kasih makin jauh.Riezman takut untuk bertentang mata dengan Kasih.Hanya nota meminta maaf mampu ditinggalkannya di atas meja Kasih.Kasih akan menjauhkan diri apabila dia cuba untuk mendekatinya.Terasa rindu dengan senyuman wanita yang dipujanya itu.Riezman mencuri pandang ke arak Kasih dan Ain yang sedang rancak bersembang.Sesekali terdengar gelak kecil mereka.
``Apa dah jadi dengan buah hati kau tu.Ada apa-apa yang kau tak ceritakan dekat aku ke?Kau berdua nampak lain tau.Formal sangat aku tengok.Shahila anak Datuk Azmi masuk kerja bulan depan.Dengar kata dia rapat dengan Riezman.Kau tak takut ke?’’Kasih menggeleng.``Dia berhak untuk memilih.Aku bukan setaraf mereka.Baguslah.Keduanya single.Bukan macam kita.Selalu disalah tafsirkan.’’Ain diam.Ucapan Kasih sempat didengari Riezman.Ain meminta diri dan berlalu.
       Pandangan Kasih dan Riezman bertemu.Riezman tunduk.Pandangan Kasih cukup menyesak dadanya.Riezman terus menghala ke pantry.Kasih terdengar jeritan kecil dari arah pantry.Terus saja dia mendapatkan Riezman yang memegang tangannya yang kemerahan.Kasih terus merendam tangan Riezman ke dalam ais.``Kalau encik nak air,bagitahu saya.’’Kasih terus membancuh kopi untuk Riezman. Kasih terus menyapu krim pada tangan Riezman.``Jangan paksa diri untuk Riez.Riez cuma nak Kasih senyum dan gembira.Kalau Kasih tak selesa dengan Riez,Riez akan pergi tukarkan Kasih ke bilik lain. Shahila perlukan pembantu.Riez rasa Kasih layak untuk jawatan itu.’’Kasih diam.Dia menggigit bibir mendengar kata-kata Riezman.Hatinya ingin menolak,tapi Kasih tidak mampu untuk menolaknya.
      ``Saya terima saja.Encik majikan saya.Kalau encik nak pecat saya pun,saya tak ada hak untuk bersuara.Itu keputusan encik.Saya cuma pekerja di sini.’’Riezman menarik nafas menahan rasa. ``Kenapa? Susah sangat ke untuk Kasih mengerti perasaan Riez?Riez mintak maaf.Apa yang Riez mahukan Kasih terima maaf Riez.Riez…’’Deringan telefon mengejutkan bicara mereka.Riezman memandang sayu langkah Kasih.Kasih mencuri pandang ke arah Riezman.Riezman terduduk di atas kerusi.Kasih merasakan ada sesuatu yang tak kena.Terus saja dia mendapatkan Riezman.Riezman nampak terkejut.``Encik…Riez…’’Kasih memanggil dengan lembut.``Zarra…Zarra dah pergi tinggalkan Riez.Semua orang yang Riez sayang tinggalkan Riez..’’Kasih terpana.Airmatanya mengalir laju.Kasih mendakap Riezman erat.``Kita balik Riez.Kasih temankan.’’Mereka terus berlalu.Sempat juga Kasih menjengah Ain.Kasih terus memandu keretanya ke rumah Riezman.
        Mak Siah berlari mendapatkan Riezman dan Kasih.``Zarra kena sawan.Mendadak panas.Doktor tak dapat buat apa-apa.Maafkan umi Man.’’Riezman mendiamkan diri.Badan Zarra yang kaku dipeluk erat.Kasih mengucup lembut dahi si kecil.Setelah Zarra dikebumikan,Riezman banyak mendiamkan diri. Pejabat pun tidak dijengahnya.Datuk Azmi terpaksa balik ke Malaysia.Pujukan papanya langsung tidak dipedulikan.Datuk Azmi terpaksa berangkat Kanada kerana urusan penting di sana.Walaupun tidak bersetuju dengan hubungan Kasih dan anaknya,tapi Datuk Azmi terpaksa meminta Kasih memujuk Riezman.Dia tahu cuma Kasih yang mampu memujuk Riezman.  
        Malam itu,Kasih terus ke rumah Riezman.``Sehari semalam Man tak makan.Langsung tak nak keluar dari bilik.Umi risau.’’Kasih mencapai hidangan dari Mak Siah dan membawanya ke bilik Riezman.Mak Siah terpaksa balik ke kampung menjenguk saudaranya yang sakit.``Umi…Man tak selera nak makan.’’Kasih terus mendekati Riezman yang terbaring lesu di katilnya.Keadaan Riezman Nampak tak terurus.Kasih terus merebahkan diri di sebelah Riezman.``Buat apa Kasih datang?Riez belum mati lagi.’’Kasih menjerit.``Riez!Kata-kata Riez macam dah tak ingatkan Tuhan.Kasih datang sebab Kasih nak makan dengan Riez.Dari pagi Kasih tak makan.Kerja bertimbun kat office.Kasih tak sempat makan tau..’’Kasih menarik nafas.Riezman bangun memandang Kasih.``Bak nasi tu.Buka mulutnya.’’Kasih tersenyum.Riezman terus menyuap Kasih.``Biar Kasih suapkan Riez pulak.Kalau Riez tak nak makan Kasih pun tak nak makan.Biar kita sama-sama lapar.
         Kasih tersenyum melihat Riezman menjamah makanan di depannya.Selesai makan mereka duduk di balkoni sambil memerhati bintang.Kasih merebahkan badannya di sisi Riezman.``Riez tak rindukan Kasih ke?Biarkan Kasih.Tak takut kalau ada orang berkenan kat Kasih?’’Riezman memandang Kasih sayu.``Kalau itu terbaik buat Kasih,Riez tak kan halang.’’Riezman melepaskan rangkulannya.Kasih terasa.``Kasih datang untuk lepaskan rindu dan minta maaf dekat Riez.Kalau Riez dah tak sudi Kasih datang jumpa Riez,Kasih akan pergi.’’Riezman terus berlari mendapatkan Kasih.Mereka terhoyong ke atas katil.Tumpah jua airmata Kasih.Riezman mengucup airmata kasih dengan lembut.``Sorry sayang.’’ Riezman terus tenggelam dalam kerinduannya.Kasih merelakan saja perlakuan Riezman.Dirinya juga merindukan belaian Riezman dan kasih sayang Riezman.Mereka tidur berpelukan.


          Kasih menatap wajah Riezman sayu.Mujur Riezman menghormatinya.Dia malu sendiri.Hampir saja dia tewas dengan perasaannya malam tadi.Dengan perlahan Kasih mengalihkan tangan Riezman di pinggangnya.Riezman membuka mata sambil tersenyum.``Morning sayang.Nak balik dah ke?Stay jap. Nanti Riez hantar balik.Kita mandi sama boleh?’’Pandangan Riezman penuh manja.``Kasih tak bawak baju.’’Kasih cuba untuk beralasan.``Baju sayang ada satu almari tu.Berus,syampu semua ada dalam bilik air.Sayang mandi sini,Riez mandi bilik tamu je.’’Riezman terus bangkit.Merah rasanya wajah Kasih dengan keadaan Riezman yang hanya mengenakan seluar pendeknya.``Riez pergi dulu.See you later.’’
Riezman berlalu setelah megucup dahi Kasih spontan.
        Lama Kasih berendam dalam tab mandi.Air suam menyegarkan lagi tubuhnya.Matanya di pejam rapat.Ketukan Riezman tidak bersambut.Riezman terpandang pintu bilik air yang terbuka.Riezman terpana.Kasih terlena di dalam tab mandi.Terus saja dia mendekati Kasih.Kucupan lembut di bibirnya mengejutkan Kasih.Dia malu sendiri.``Bahaya tau sayang macam ni.Kalau orang lain datang macam mana?Jom kita sarapan.Riez lapar dah.Sarapan kat luar.Riez tunggu kat luar.’’Kasih senyum.Dia menarik wajah Riezman hampir dengannya.Dengan perlahan dia mengucup mesra bibir Riezman.Saja mengusik Riezman,``Nanti Riez tak boleh control,sayang yang akan rugi.Cepat bangun.’Riezman terus keluar.Memang hatinya terusik.Semalam kalau dia tidak dapat menahan rasa mungkin dia akan menyesal tak sudah.Kasih mungkin tidak akan memaafkan dirinya.Riezman masih takut Kasih belum menerima dirinya sepenuh hati.Riezman termangu sendiri.Sesekali dia menahan rasa.Bila berada dekat dengan Kasih dia akan tewas dengan perasaan sendiri.
        Kasih memeluk Riezman dari belakang.``Kasih dah sedia.Kita pergi.’’Riezman memeluk Kasih agak lama.``Kalau Riez peluk Kasih macam ni,nanti pengsan Kasih.’’Kasih melepaskan pelukannya.``Riez takut tak ada peluang nak peluk sayang macam ni lagi.’’Bibir Kasih dikucupnya lagi.``Jangan halang Riez untuk mencintai sayang.Riez sentiasa sayangkan Kasih walau Kasih berpaling dari Riez.’’Kasih hairan dengan sikap emosional Riezman pagi ini.``Siapa kata Kasih tak sayangkan Riez?Lagi Kasih sayangkan Riez kalau Riez bawak Kasih sarapan.Lapar…’’Kasih merengek manja.Riezman tersenyum.``Jom.Riez dah sedikan sarapan.Riez pesan dari restoren seberang jalan tu je.Ada masa Riez akan masakkan  untuk sayang.’’Riezman menarik kerusi untuk Kasih.Terasa bahagianya pagi itu.Selesai sarapan mereka duduk di taman mini di luar banglo.Kasih terus mendekati pasu-pasu bunga di seklilingnya.
        Riezman memeluknya dari belakang.``Dulu arwah mama cukup rajin jaga bunga-bunga ni.Sayang, kita kahwin.Riez nak sentiasa dekat dengan sayang.’’Kasih memandang Riezman serba salah.``Kasih takut tak mampu untuk bahagiakan Riez.Kasih..’’Riezman diam.Rangkulannya dilepaskan.``Kasih takut Riez akan siakan Kasih atau Kasih belum dapat terima Riez?’’Riezman mengeluh.``Tak..Kasih takut Kasih tak mampu nak bagi zuriat buat Riez.Kasih tak nak Riez akan sama macam Zaman…’’Riezman memotong percakapan Kasih.``Jangan samakan Riez dengan orang lain.Lebih-lebih lagi Zaman. Kalau Kasih belum bersedia jangan jadikan orang lain sebagai alasan Kasih untuk mengelak.’’Kasih tunduk diam.Memang dia belum sedia untuk hidup berdua.Walaupun dia ada perasaan dengan Riezman dia takut untuk memulakan lagi hidup sebagai seorang isteri.``Riez..Kasih nak Riez tahu Kasih tak pernah nak..’’Kasih terdiam melihat Riezman meninggalkan dirinya.
        Panggilan Kasih langsung tidak dihiraukan.Riezman terasa hati dengan Kasih.Sudah agak lama dia menunggu namun Kasih masih tetap enggan menerimanya.Kasih menarik lembut tangan Riezman dan memeluknya dari belakang.``Jangan paksa diri Kasih.’’Riezman terus berlalu.Kasih setia mengikuti langkah Riezman.Riezman merebahkan dirinya ke sofa.Kasih membelai lembut wajah Riezman.
``Jangan mulakan.Nanti menyesal.Jangan rendahkan harga diri Kasih pada lelaki.’’Kasih tunduk menahan rasa.``Jika bercinta itu dianggap merendahkan harga diri,sepatutnya Kasih tak bercinta?Ataupun disebabkan Kasih ni bekas orang Kasih tidak layak untuk disayangi?Macam tu ke?Itu ke anggapan Riez pada Kasih selama ni?Kalau macam tu,Kasih minta maaf kerana sudah menjerat Riez dalam cinta murah Kasih…’’Kasih terus berlalu.Riezman masih memejamkan matanya.Tanpa dia sedari Kasih telah pun pergi.``Kasih…’’Sepi.Riezman terus membuka matanya.Kasih tiada di sisi.
       Menyedari keterlanjuran katanya,Riezman terus menghubungi Kasih.Niat cuma satu.Maaf.Ungkapan itu yang akan dia ungkapkan pada Kasih.Kasih tidak menghiraukan panggilan dan pesanan ringkas dari Riezman.Sedih rasanya dengan tingkah Riezman tadi.Dia memandu keretanya tanpa hala tuju.Sebaik terpandang hotel di depannya,Kasih terus memberhentikan kereta.Terus saja dia mendaftar masuk. Malas untuk melayan telefon yang berdering,Kasih terus mematikan saja telefonnya.Di dalam bilik hotel,Kasih menangis sepuasnya.Cintanya pada Riezman terlalu sukar untuk diterima.Kasih merelakan segala perlakuan Riezman apabila berada dekat dengannya.

        Pagi itu Riezman setia menunggu Kasih.Sebaik saja terpandang Ain,terus saja dia meluru dan bertanya perihal Kasih.``Kasih tak sampai lagi?Saya pun dah banyak kali call dia,tapi dia off kan phone.’’ Ain turut gelisah.Kasih tak pernah membelakangkan dia walau betapa berat pun masalah yang dihadapinya.Riezman resah.Teringat akan ucapan kasih semalam membuatkannya serba tak kena.
Riezman tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja.Ketukan di pintu membuatkan dia meluru keluar.``Hai..Suprise!’’Riezman terkejut melihat empunya suara.Tubuhnya dipeluk erat.Kasih yang kebetulan masuk terpana.Begitu juga Riezman.``Kimi..I ganggu you ke?Atau you tak selesa I datang tanpa call you?’’Riezman tersenyum.``Shaa.Tak.I happy tengok you.I told you datang next month. I kenalkan setiausaha I.Kasih Myra.’’Mereka bersalaman.``Cantik secretary you.Nice to meet you dear.’’ Kasih tersenyum.``Encik nak air?Saya pergi..’’Shahilla menahan.``It`s okay dear.I tak lama.I datang cuma nak singgah jumpa my dearest ni hah..Thanks.Next time sajalah.Bye..’’Kasih terpana lagi melihat wanita di depannya mencium mesra pipi Riezman.Shahilla terus berlalu.
      ``Sayang..’’Kasih terus menyerahkan fail pada Riezman.``Pagi ni,encik ada appointment dengan Tan Sri Zakaria.Fail ni encik perlu tandatangan.Lunch dengan Encik Reza pukul satu dekat Hotel Seri Indah.’’
Kasih terus berlalu.Riezman tergamam.Rindunya pada senyuman Kasih tidak mampu terubat.Kasih seakan menjauhkan diri.``Encik,dah on time.Tan Sri dalam perjalanan.’’Kasih sudah pun menjinjing briefcasenya.Riezman menurut saja.Masing-masing diam membisu.Di dalam kereta mereka masih juga membisu.Riezman mencapai jari Kasih dan meramasnya lembut.``Sorry sayang.Riez tak ada niat nak lukakan hati sayang.Maafkan Riez.’’Kasih menggigit bibir.``Kalau sayang diam macam ni,Riezserba salah.Riez tahu tak sepatutnya Riez cakap macam tu.Bukan niat Riez.’’Jari Kasih dikucupnya lembut. Kasih masih diam.Malas untuk melayan karenah Riezman.Kasih memang terasa hati dengan apa yang terjadi semalam.Kereta terus diberhentikan di depan Hotel Seri Indah.Selepas bersarapan dengan Tan Sri mereka tidak perlu berkejar ke tempat lain.Itu menyebabkan Riezman kagum dengan cara Kasih menguruskan temujanjinya dengan klien.
        Tan Sri Zakaria sudah sedia menunggu.Setelah saling bersalaman,mereka terus membincangkan kertas kerja mereka.Hampir dua jam berbincang,Tan Sri Zakaria tersenyum puas.``Tak rugi berurusan dengan Riezman.’’Sambil itu dia menepuk mesra belakang Riezman.``Saya terpaksa pergi.Bil saya dah bayar.So awak berdua makanlah.’’Riezman menarik nafas lega.``Kita check in dulu.Rasanya elok kita tunggu sini je.Tinggal berapa jam lagi?’’Kasih cuma diam.Kasih mengikuti langkah Riezman.``Inikunci bilik sayang.’’Riezman terus masuk.Kasih terus saja merebahkan dirinya di atas katil.Lama dia merenung siling bilik itu.Ketukan di kamar sebelah mengejutkan lamunannya.Kasih menarik nafas berat.Dinding yang menghubungkan bilik mereka terbuka.Riezman tersenyum.Kasih duduk di tepi katil.Riezman pula baring di sisinya.``Sayang..say something?Please.Nak marah pun tak apa.Janji sayang jangan diam macam ni.Riez lebih suka sayang menjerit pada Riez daripada sayang diam dan tak pedulikan Riez.’’
      Riezman merebahkan kepalanya ke riba Kasih tanpa menunggu persetujuan dari empunya diri. ``I miss your smile.’’Riezman terus mengucup mesra bibir Kasih.Kasih tidak memberikan reaksi.Terasa dengan kedinginan Kasih,Riezman terus saja menarik bibirnya.``Kenapa?Sayang memang dah tak nak terima Riez?Berapa harga untuk suara sayang?’’Riezman terus menampar kuat pipinya berulang kali. Kasih terkejut.``Stop it!’’Terus saja dia menahan Riezman dari memukul dirinya sendiri.``Riez sanggup sakit,asalkan sayang bersuara.’’Airmata Kasih mula mengalir.``Jangan sakiti diri sendiri boleh tak? Riez macam hilang arah tahu tak?’’Riezman tersenyum.``Kalau sayang sanggup maafkan Riez,Riez tak kisah walau sesakit manapun yang akan Riez tanggung.Walau nyawa sekalipun.’’Kasih terus mendakap erat badan Riezman.Tangisannya makin kedengaran.Riezman mula  memujuk.Perkataan maaf tidak lekang disuarakannya.Getaran bibir Kasih mengundang rasa rindunya.Bibir mereka bersatu lagi.Makin bernafsu.
       Jari Riezman terketar membuka butang kemeja Kasih.Matanya terpaku.Dia mengucup lembut dada Kasih yang  terdedah.Kucupannya makin ganas.Nafas mereka bersatu.Merasakan dirinya tidak mampu mengawal rasa sayangnya pada Kasih,Riezman terus melepaskan rangkulannya.Dadanya berombak kencang.Riezman memejamkan matanya erat.Kasih membelai lembut wajah Riezman.``Jangan sayang. Riez tak akan mampu mengawal diri nanti.’’Renungan Kasih membangkitkan lagi rasa rindu Riezman. Perlahan dia merebahkan badan mereka ke atas tilam.Tindakbalas Kasih melemaskan dada Riezman. Mereka terus hanyut dalam arus noda yang mereka ciptakan.Desah nafas mereka bersatu.Riezman kepenatan.Tubuh Kasih didakapnya erat.Kamar itu telah menyaksikan noda cinta yang mereka ciptakan.
Kasih baring di atas badan Riezman.Riezman membelai lembut rambut wanita pujaannya itu.
      Keduanya membisu.Deringan telefon mengejutkan mereka.Encik Reza membatalkan temujanji kerana ada urusan lain yang memerlukannya.Riezman menarik badan Kasih yang hanya diselimuti selimut itu.``Kasih…Kita kahwin.’’Tubuh kasih didakapnya.
        ``Tipu kalau Riez tak gembira dengan apa yang dah berlaku tadi.Dan tipu juga kalau Riez kata Riez tak menyesal sebab keterlanjuran kita.Riez hormatkan sayang.Tapi..’’Kasih terus memeluk Riezman. ``Jangan salahkan diri Riez seorang.Kasih yang bersalah.Riez mampu untuk menolaknya.Kasih yang..’’ Kasih terus mengalirkan airmata.Riezman memang sudah menarik dirinya tadi,tapi tindakbalas darinya menyebabkan Riezman kembali bernafsu. Riezman memeluk Kasih erat.Mereka sama-sama bersalah. Dia memang ingin mengikat Kasih,tapi bukan dengan cara yang salah.Tiada gunanya mereka menyalahkan satu sama lain.Kerana menurut nafsu mereka berdua hilang pertimbangan.Riezman terasa bahagia jua walaupun sedar dia berbuat zina dan berdosa besar.
        Keduanya tidur pulas.Gerakan badan Kasih mengejutkan lena Riezman.Bahu Kasih dikucupnya lembut.Kasih tersenyum memandang Riezman.Malas rasanya hendak bangkit.Kasih meniarap.Belakang tubuhnya yang terdedah mengundang rasa berahi Riezman.Dengan lembut,Riezman mengucup lembut belakang Kasih.Kasih mengelinjang geli.``Kalau sayang tak nak kita karam lagi sekali,baik sayang bangun bersihkan diri.Esok,Riez akan buat appointment dengan kadi dan pejabat agama untuk akad nikah dan daftarkan perkahwinan kita.’’Kasih berpaling sambil menutup dadanya.``Riez tak kisah? Ini perkahwinan Riez yang pertama.Riez tak rasa rugi kahwin dengan…’’Riezman menggeleng.``Don`t say that word.Riez bahagia dengan layanan sayang.Riez puas.’’Kasih tersenyum malu dengan ucapan yang dibisikkan Riezman ke telinganya.
       Malam itu mereka berpisah di depan pintu rumah Kasih.``Elok sayang bagi tahu Ain.Pasal baju,Riez dah ada semuanya.Sayang bawak diri je.Riez tunggu.’’Riezman terus pergi meninggalkan Kasih yang termangu sendiri.Ain terus saja dihubungi.Terdengar temannya itu menjerit suka.Ucapan tahniah tidak putus diutarakannya.Kasih tersenyum sendiri.Matanya dipejamkan.Ada debaran di dadanya.Biarpun ini pernikahannya yang kedua namun Kasih tetap merasakan debaran untuk menjadi isteri Riezman.Biarlah pernikahannya kali ini dilindungi dan diberkati.Kasih terlena jua.Deringan telefon bimbitnya mengejutkan Kasih.Terdengar suara yang dirinduinya.Kasih cepat-cepat membersihkan diri.Ketukan di pintu menambahkan debaran di hatinya.Sebaik saja pintu terbuka,Ain tersengih memandang wajah temannya itu.Kasih menerima kucupan dan pelukan dari teman karibnya itu.
       Kereta terus dipandu ke rumah Riezman.MakSiah sedia menunggu.Melihat saja kelibat Kasih, MakSiah terus memeluknya.``Mari.Man dah tak sabar menunggu.Sebelum subuh,dia dah kejutkan umi.Takut lambat katanya.Dia tak nak tunggu lama lagi dah.Mari Ain.Kita siapkan pengantin kita.’’ Mereka terus saja ke bilik Riezman.Baju kebaya moden putih sedia di atas katil.Satu jam mereka mendandan Kasih.Ain dan MakSiah tersenyum puas.``Cantik menantu umi.Mari Ain.Wak dah tunggu tu.’’ Kasih tersenyum menahan debaran di dadanya.Akad nikah dilakukan di masjid berdekatan.Sepanjang perjalanan,Kasih berdebar-debar.Debaran makin terasa apabila kereta masuk ke perkarangan masjid.
Seorang lelaki sudah menunggu di depan pintu masjid.Mesra sungguh dia dengan Ain.Kasih menyiku Ain.Dia tersenyum apabila Ain berbisik ke telinganya.Riezman sudah sedia menunggu di hadapan kadi.
Dengan sekali lafaz,Kasih sudah bergelar isteri Riezman yang sah.Kasih di hadiahkan set barang kemas. Saat membatalkan air sembahyang membuatkan Kasih cukup terharu.Di saat Riezman mengucup dahinya,airmata Kasih mengalir.
       Indah rasanya pagi itu.Pernikahan mereka disaksikan orang yang paling dekat dengan mereka. Selesai saja upacara,Riezman terus membawa Kasih ke Genting Highlands.Tangan Kasih tidak lekang dari genggaman Riezman.Setelah sampai ke kamar hotel,Riezman mendukung Kasih ke katil.``Thanks sayang sudi terima Riez sebagai suami sayang.’’Wajah Kasih menerima beberapa kali kucupan dari Riezman.Kamar hotel itu menjadi saksi dua penyatuan hati antara Kasih dan Riezman.Mereka tidur pulas.Kasih terjaga.Terasa bermimpi sebaik saja terpandang Riezman di sisinya.Jarinya mula bermain dengan kening dan hidung suaminya itu.Dada Riezman yang terdedah dikucupnya lembut.Terasa lembut tangan Riezman melingkar ke pinggangnya.Satu kucupan singgah di bibirnya.``Morning sayang..pukul berapa?’’Riezman menggosok matanya.Matanya menghala ke arah jam.Tiga pagi.Riezman memandang Kasih.Kasih terus senyum.``Sayang nak apa dinihari ni?’’Riezmna mengeratkan lagi pelukannya.Rasa hangat.``Kasih terjaga tadi.’’Kasih senyum.Dia baring mendepankan suaminya.                                 
      Rambut suaminya diusap lembut.Riezman memejamkan matanya.Selesa bila menerima usapan dari isteri tercinta.Dengkuran kecil kedengaran.Kasih tersenyum.Dia juga kembali memejamkan matanya dan lena dalam dakapan suaminya.Dakapan yang erat kerana kabus tebal di luar menyejukkan lagi di dalam kamar mereka.Terasa ada usapan lembut dari Riezman.Terjaga dengan belaian suaminya,Kasih tersenyum.Mengerti tuntutan Riezman padanya,Kasih memberi reaksi.Terasa bahang asmara menyelimuti kamar hotel itu dengan penyatuan mereka.

       Kasih terjaga.Jam dinding di kerlingnya.Terasa malas untuk bangun.Mengenagkan kejadian semalam,Kasih tersenyum.Terasa mimpi rasanya.Riezman di sebelahnya lansung tidak bergerak.Mungkin kepenatan dengan senario indah yang mereka ciptakan semalam.Kasih terus ke bilik air dan membersihkan diri.Ternyata Riezman masih lena di sebalik selimut dan kedinginan penghawa dingin.Kasih mengelus lembut rambut suaminya itu.Riezman membuka mata.Tersenyum mamandang wajah insan di depannya.``abang mandi jap.Lepas tu kita turun breakfast.’’Sempat dahi Kasih di kucupnya sebelum menuju ke bilik air.Kasih bersolek tipis.Riezman tersenyum dan memeluk pinggang Kasih mesra.``Cantik isteri abang.’’Kasih tersenyum mendengar pujian dari Riezman.
      Mereka berpegangan tangan menuju ke coffee house.Terus saja Riezman menarik kerusi untuk Kasih.Terasa seperti puteri.Kasih mengucap syukur dalam hati.Terasa dirinya beruntung memiliki Riezman.``Sayang duduk biar abang pergi ambik makanan kat buffet.’’Riezman berlalu.Kasih terpandang kanak-kanak di depannya.Comel.Mengenangkan keadaan itu,Kasih mula rasa takut.Mampukah dia memberi zuriat buat Riezman dan keturunan untuk keluarga Riezman?Kasih tidak sedar Riezman sudahpun duduk mendepankannya.Senyum dilemparkan pada Riezman apabila dia ditegur suaminya itu. ``Jauh sayang mengelamun?’’Namun Riezman menyedari pandangan Kasih untuk kanak-kanak comel di depan mereka.``Breakfast…Abang lapar..’’Riezman cuba mengalih pandangan isterinya itu.Dia tidak mahu Kasih terasa hati.Sempat juga dia menyuap roti bakar ke mulut Kasih untuk menceriakan isterinya itu.Rancak mereka berbual.Tidak sedar masa berlalu.
      ``Jom,kita pergi.Nanti kena halau.Breakfast time dah berlalu.Kita masuk fitness center dulu.Abang nak exercise jap.Kalau sayang rasa lama nak tunggu,sayang masuk spa.bill caj under bilik je.Dah siap tunggu abang kat atas.’’Riezman mencium pipi Kasih mesra sebelum melangkah masuk ke fitness center.Kasih masuk ke spa.Terasa hendak memanjakan diri dengan mandian mawar dan sedikit urutan hari ini.Terus saja dia mengikut langkah gadis di depannya.Semerbak haruman mawar  apabila Kasih menjejak kaki ke tab mandi.Terus saja dia berendam.Setelah satu jam dia berndam terus saja berkemban untuk menerima urutan.Terasa segar.Setelah membersihkan diri,Kasih terus keluar. Riezman tersenyum di lobi hotel.``Dah releks?Rasanya,mall kat depan dah bukak.Kita pergi kejap.Sayang ok tak keluar dengan abang?’’Kasih mengangguk.``Soalan jenis apa tu?’’Tanya Kasih.Riezman senyum.``Mana lah tahu sayang nak naik bilik?Nak manja ngan abang ke?’’Satu cubitan kecil singgah di lengan Riezman.
Riezman gelak.Terhibur rasanya melihat wajah isterinya apabila diusik.
       Tangan Kasih tidak lepas dari genggaman Riezman.Riezman menarik Kasih masuk ke butik pakaian wanita.``Sayang pilih apa je yang sayang berkenan.’’Kasih menggeleng.``Tak payahlah.Baju yang abang beli tak terpakai lagi pun.’’Kasih menolak lembut.Riezman menggeleng.Tangannya sudah memegang gaun biru lembut.Kasih tersenyum.Tidak mahu Riezman berkecil hati lantas saja dia mengangguk. ``Kalau tak beli,kesian staff tadi.Beli satu dah cukup untuk ceriakan hati dia.’’Kasih tersenyum.Riezman sentiasa hendak berbakti dan menjaga perasaan orang.``Lepas ni abang nak makan steamboot.Sedap lagi kalau makan berdua.’’Kasih tersenyum lagi.Pernah dulu dia terserempak dengan Riezman yang mengadap hidangan itu seorang.Sebaik saja Riezman terpandang akan dia,tanpa persetujuan Kasih,Riezman terus saja mengajak Kasih masuk dan makan bersamanya.Terpaksalah Kasih mengadap Riezman tika itu.
       ‘’Pikirkan apa?Jauh menung?Abang handsome kat depan ni pun tak dipedulikan sayang?’’Kasih mencebik.Lantas Riezman menerima cubitannya lagi.’’Rasanya merah tangan abang sayang cubit dah. Kang ada yang nak kena nanti.Jom tak jadi makan.Kita balik.Abang nak balas balik apa yang sayang dah buat kat abang.’’Kasih senyum.’’Makanan pun dah depan mata.Kalau takut sayang habiskan,baik abang cepat-cepat makan.’’Kasih terus mengambil sayur dan udang terus menyuapnya ke mulut Riezman sambil tersenyum.Riezman Cuma menurut.Terasa bahagia bila diri dimanjakan oleh yang tersayang.
Dia turut sama menyuap Kasih.Selesai menikmati hidangan di depan mata,Riezman terus mengajak Kasih balik ke hotel.Dia tahu Kasih penat.Kasih asyik memegang dahinya dan terbaring di atas katil.
       Riezman terus memicit kepala Kasih untuk meringankan sakit isterinya itu.Terasa kurang rasa sakitnya.Kasih tersenyum memndang wajah di depannya.Terus saja tubuh Riezman dipeluk erat.Tanda terima kasih atas perhatian suaminya itu.’’Sayang rehatlah.Petang nanti dah nak checkout.Ingat nak balik esok,tapi papa dah on the way balik.Biar abang kemaskan pakaian kita.Sayang rehat je..’’Kasih mengucup tangan Riezman.Memang terasa bahagia dengan layanan Riezman padanya.Lena juga akhirnya.Riezman tersenyum.Tangannya sudah mula mengemas pakaian mereka ke dalam beg.Selesai mengemas dia terus baring di sebelah Kasih.Tangannya melekap ke pinggang Kasih erat.Tengkuk Kasih dikucup lembut.Hanya sekadar kucupan sayang untuk isteri dari suami.Kasih menggeliat perlahan.Membalas pelukan suaminya itu dengan mesra dan manja.
     
      Kasih membuka mata sebaik saja terasa kereta berhenti.Terlena rupanya dia membiarkan Riezman tidak berteman.Ucapan maaf diutarakan buat Riezman.’’Sayang letih sangat.Kan dah lama tak cuti.Nak tambah cuti lagi tak?Abang boleh uruskan.’’Usul Riezman.Kasih menggeleng.’’Lama sangat cuti nanti malas.Abang gak yang rugi nanti.’’Kasih menolak.Riezman sudah menjinjing beg di tangan.Kasih terus membuka pintu rumahnya.Terus saja dia ke dapur dan menatang gelas jus untuk suaminya.Riezman senyum.Kasih duduk di sisi Riezman.’’Dah hilang pening?’’Tanya Riezman .Kasih mengangguk walaupun masih terasa sisa sakitnya.Dia terus baring ke riba Riezman.Terasa tenang jiwanya.Riezman mengucup dahi Kasih.Dahi Kasih diurut perlahan.
      Kasih terpisat-pisat bangun.Terasa ada tangan melingkar di pinggangnya.Jam di tepi meja dicapai.Hampir jam sembilan.Dengan perlahan dia bangun.Takut gerakannya mengejutkan lena suaminya.Kasih terus ke tingkat bawah.Dia harus cepat menyediakan makan malam.Kesian Riezman menahan lapar.Nasib sebelum pergi dia sudah memenuhkan peti sejuknya dengan bahan-bahan mentah.Jadi tak perlu dia berkejar ke supermarket lagi.Makan malam yang simple.Ayam dia masak kicap.Ikan sambal dan daging goreng kunyit.Kasih tersenyum.Terus saja dia membancuh sirap limau untuk menghilangkan rasa peningnya tadi.
      Riezman tersenyum.’’Tak ajak abang temankan masak?’’Kasih mengurut dadanya.Riezman tersengih sambil memberi salam.Hidung Kasih ditarik mesra.’’Baru nak bagi salam..?’’Ujar Kasih.Riezman sudah sedia meletak pinggan di atas meja.Dia tahu Kasih masih penat dengan perjalanan tadi.Berbanding dirnya yang terbiasa dengan perjalanan jauh.Selalu outstation.Kasih menghirup air limau.Dia memandang saja suaminya menyusun hidangan makan malam mereka.Riezman menghulur pinggan yang berisi nasi sambil tersenyum.``Jemputlah..abang masak simple untuk sayang..’’Riezman tersengih.
Kasih tersenyum.``Sedap abang masak.Masak dalam mimpi ke?’’Usik Kasih.Riezman tersengih.Dia mula menyuap nasi ke mulutnya.Begitu juga Kasih.
     
      
                                    ****************************************************************
          Datuk Zamri memandang telefon di depannya.Geram dengan karenah Riezman .Telefon didail tidak aktif.Ke mana hilangnya Riezman.Bertanya dengan Mak siah lagilah.Katanya balik ke rumah anaknya.Riezman pulak outstation memanjang.Nasib Wak Sani ada menjemputnya dari airport.Telefon Kasih juga tidak aktif.Tak kan Kasih ikut sekali pergi temankan Riezman?Datuk Zamri bermonolog.
Terdengar ketukan dari luar.Sebaik saja pintu dibuka muncul MakSiah membawa dulang dengan segelas air.``Kamu tahu ke mana Riezman pergi.Saya ada meeting dengan Datuk Azmi dan Shahila lepas ni.Janji nak dinner sekali dengan Riezman.Ke mana pulak Riezman ni?Kasih pun tak dapat nak call.Apa Riezman tak cakap ke dia ke mana?’’Tegas suara Datuk Zamri bertanya.``Man kata,malam ni dia balik. Dalam perjalanan agaknya datuk..Ujar MakSiah.
         Datuk Zamri mendengus kasar.``Rumah ni makin sunyi.Kalau bukaan pasal Riezman,saya dah jual rumah ni.’’Ujar Datuk Zamri lagi.MakSiah tersenyum``Kalau Man kahwin,mesti tak sunyi datuk.’’Ujar MakSiah pula.Datuk Zamri mengangguk.``Saya memang nak kahwinkan dia dengan Jessica.Lagi cepat lagi baik.’’Datuk Zamri terus meninggalkan MakSiah yang termangu.Apalah agaknya reaksi Riezman.MakSiah berdoa agar dibukakan pintu hati Datuk Zamri untuk menerima perkahwinan Riezman dengan Kasih.Takut juga memikirkan reaksi Datuk Zamri akan berita perkahwinan Riezman.Sampai bila boleh dirahsiakan?
         Riezman hairan melihat Wak Sani di luar rumah.Bukan ke dia sudah member cuti untuknya.Wak Sani tersenyum.``Datuk balik.Dia cari tuan.Wak bagi tau kat datuk tuan outstation.’’Riezman cuma mengangguk.Dia mendekati papanya yang tengah leka menilik fail.Riezman memberi salam.Tangan papanya disalami.Datuk Zamri mengeluh.``Papa telefon banyak kali telefon tak aktif.Telefon pejabat cakap outstation.Telefon Kasih pun tak aktif.’’Datuk Zamri memandang anaknya.``Man dalam kereta tadi.Telefon charger tertinggal,bawak pun bukan ada signal sangat papa.Kat Teluk Danga.’’Riezman mencipta alasan.``Cepat bersiap.Papa ada meeting dengan Datuk Azmi dan Shahilla.Dinner sekali.’’
Riezmna terasa ingin menolak permintaan papanya,tapi terpandang akan wajah serius di depannya,Riezman menurut.Demi menjaga perasaan papanya saja.Cepat-cepat dia bersiap.Datuk Zamri sudah sedia menunggu di dalam kereta.Riezman turut duduk di sebalah papanya.



       Sampai saja ke destinasi,Datuk Azmi dan shahilla sudah sedia menunggu.Riezman membalas senyuman Shahilla.Terasa penat juga  namun Riezman tetap menumpukan pada perbincangan.Sesekali melencong juga soalan keluar dari mulut Shahilla meresahkan Riezman.``Setiausaha you tak ikut sekali?’’Riezman tersenyum.``Dia cuti.Dah lama rasanya I tak bagi dia kelepasan.Asyik dua puluh empat jam dengan I.Mungkin jugak dia punya aktiviti lain dan nak rehat.’’Ujar Riezman.Shahilla tersenyum.Teringat akan pandangan Riezman pada setiausahanya seminggu yang lepas,melahirkan sedikit persoalan pada dirinya.Mungkinkah dia wanita yang pernah Riezman ceritakan.
     Terasa lengannya dicuit.Riezman menoleh.``Jom temankan I ke buffet.Rasanya dah lama tak merasa masakan Malayasia.’’Shahilla berseloroh.Mereka meninggalkan Datuk Azmi dan Datuk Zamri yang sedang leka berbual kosong selepas perbincangan mereka selesai.Shahilla terus saja menggamit Riezman ke sudut tepi.``You nampak tak selesa bila I tanya pasal setiausaha you.She’s the same person right?’’Riezman mengeluh.Anggukannya membuatkan Shahilla tersenyum.``No wonder lah bila I Tanya pasal dia you nampak berat sikit nak bercakap.Papa you still tak boleh terima dia?’’Terasa geram pula Riezman dengan Shahilla.Banyak pulak pertanyaan yang diajukannya.``Let’s talk later.Papa I dengar nanti.Lainkali kalau you nak bawak tape recorder pun I tak kisah.’’Shahilla gelak kecil.``I banyak Tanya ke.’’Riezman menggeleng lagi bila Shahilla makin galak mengusik.Temannya itu memang kaki mengusik. Tak pernah berubah.
      Selesai makan malam,masing-masing bersalaman.Riezman menguap beberapa kali.Terasa layu pulak matanya.Sampai saja di rumah,Riezman terus meminta diri untuk ke bilik.Tersenyum bila teringatkan isterinya.Setelah mengirim pesanan ringkas mengucap selamat malam,Riezman terus baring. Dia baru merasa kepenatannya.Mata semakin tertutup,dan lansung dia tidak sedar,telefonnya berbunyi.
Kasih tersenyum.Suaminya mungkin sudah lena.Penat perjalanan masih terasa.Mungkin Riezman tidak mendengar bunyi telefonnya.Kasih turut baring.Bantal peluk di sebelahnya juga menjadi teman tidurnya.
Jam loceng mengejutkan Kasih.Kasih ingin bangun.Terasa badannya dipeluk dari belakang.Terdengar dengkuran kecil.Kasih menoleh.Senyuman terukir.Ada-ada saja olahnya Riezman.Tangan Riezman dikucupnya lembut.Kasih bangun perlahan untuk membersihkan diri.
       Hari ini dia masih cuti lagi.Riezman sudah memulakan tugasnya.Dengan adanya Datuk Zamri,mereka tidak boleh bebas berjumpa.Kasih terus menyiapkan sarapan untuk suaminya.Niatnya untuk mengejutkan Riezman terbantut sebaik saja terasa pinggangnya dipeluk erat.Perangai manja Riezman mencuit hatinya.``Miss you.’’Ujar Riezman.Kasih tersenyum memandang Riezman yang sudah lengkap berpakaian kemas.’’Miss abang jugak.’’Ujar kasih.Riezman terus mencium pipi kasih.Kasih memaksa Riezman duduk.Mee goreng disuapkan ke mulut suaminya.``Rindunya nanti.Sampai kat office sayang tak ada.kalau dua-dua masuk kerja sama,nanti big boss curiga pulak.’’Kasih senyum pahit.Dia memang tidak selesa mendengar Riezman berbicara tentang mertunya itu.Dia cuma terdiam.Riezman cepat-cepat bersarapan.Kasih cuma memerhati suaminya sambil mengeleng.
       Mereka bersalaman.Dahi Kasih dikucup lembut selepas Kasih mencium tangan Riezman.Riezman terus berlalu.Tersenyum Kasih bila teringat akan laku suaminya.Bagaimana reaksi Datuk Zamri bila mendapat tahu dia kini sah menjadi isteri Riezman.Mengenangkan hal itu Kasih mengeluh kecil.Terasa dia memang tidak layak untuk masuk ke dalam hidup Riezman.Kasih bermalasan.Dia ingin lena sekejap sebelum ke market untuk membeli keperluan dapur.Terasa selesa bila badannya dibaringkan ke sofa.
Belum sempat hendak memejamkan mata,loceng pintu berbunyi.Takkan Riezman?Kasih terus bangkit.
Sebaik saja pintu dibuka,muncul Ain dengan senyuman.``Tak kerja?’’Tanya Kasih pada temannya itu.
Ain cuma menggeleng.Dia menghulurkan sampul pada Kasih.Kasih menjerit kecil sambil memeluk Ain.
``Bila ni?Dah cetak kad baru nak cakap..’’Usik Kasih.Ain mencubit Kasih menyebabkan Kasih menjerit lagi.``Aku kan pernah cakap kat engkau…Lepas engkau,turn aku pulak.Mentang-mentang dah ada abang sayang,terus jadi pelupa.’’Usik Ain pulak.
        Kasih meminta maaf.``Sorry ler…Nanti aku belikan hadiah paling besar untuk kau..’’Pujuk Kasih.Giliran Ain pula yang menjerit.``Aku nak kereta sport..Kau nak bagi.’’Kasih membeliakkan matanya tanda protes.``Boleh.Aku tolong pilih,kau bayar.Amboi..material teman aku ni.’’Ain tersenyum. ``So,bagaimana hidup kau dengan pakwe idaman kau tu?”Ain menukar tajuk.Ingin juga dia menumpang bahagia temannya.Dengan Zaman,Kasih sentiasa muram.Kasih senyum.``Setakat ni..Alhamdulillah. Dia ok.Macam mana kau tengok dia dengan aku sebelum ni,macam tu lah kehidupan aku dengan dia.So far aku bahagia sebab tahu dia memang setia.Kalau tak kenapa dia sanggup tak kahwin dan sanggup tunggu aku bertahun-tahun.’’Ain melopong.Kasih begitu leka bercerita semuanya pada Ain.Di mana mula-mula dia berkenalan dengan Riezman.Setiap sudut diceritakan pada Ain.Leka Ain mendengar kisah cinta temannya itu.
        Riezman memandang wajah serius papanya dengan seribu persoalan.Datuk Zamri menarik nafas dalam.``Hubungan Man dengan Jessica sejauh mana?Jessica mengadu pada papa yang Man sengaja mengelak dari dia.Papa sudah bagi kata putus yang perkahwinan Man dengan Jessica tetap akan dilansungkan.Man setuju atau tidak majlis itu tetap akan dilansungkan.Papa sudah berjanji dan Man pun tahu yang papa tidak suka mungkir janji.Ingat Man,papa Cuma nak Jessica jadi menantu papa.’’Datuk Zamri berkata serius.Riezman diam.``Kalau boleh hujung bulan ni buat persiapan.’’Datuk Zamri berlalu meninggalkan Riezman yang terduduk di kerusinya sabil memerhati kad jemputan kahwinnya dengan Jessica Terasa hendak berterus terang,namun takut peyakit papanya menyerang lagi.Hatinya merintih sayu mengingatkan isteri yang disayanginya.
       Ketukan pintu mengejutkan Riezman.``Monyok nampak.Nak kata macam hilang bini you pun belum kahwin lagi.’’Shahilla duduk di depan Riezman.``Sekejap lagi memang I akan hilang wife I..’’Tanpa sedar Riezman membuka rahsianya.``What Kimi?Are you married?’’Riezman kelihatan serba salah.``Your father…?’’Riezman menggeleng.``Sorry I sorok dari you jugak.I kahwin minggu lepas.I tak nak lepaskan orang yang I sayang buat kali yang ke dua.Never…’’Riezman semacam melepaskan bebanannya pada Shahilla.Shahilla menepuk bahu temannya itu.``I rasa baik you ceritakan semuanya pada father you,sebelum dia tahu dari mulut orang lain ataupun sebelum terlambat.Setidaknya you n wife you tidak perlu terluka.I rasa father you boleh terima kalau you berterus terang.Lagipun Kasih tu perempuan yang baik pada I..’’Shahilla tersenyum.Tanpa sedar Riezman mendakap temannya itu erat tanda berterima kasih.Pintu dibuka dan muncul wajah merah Jessica yang datang secara tiba-tiba.``Riezman…what??’’Jessica terus menerpa dan menolak Shahilla kasar.Shahilla terdorong ke dinding.Belum sempat Riezman menghalang,satu tamparan singgah ke wajah Shahilla.
       Datuk Zamri yang kebetulan masuk ke bilik Riezman terus menjerit tegas.``Apa bising-bising ni?!’’Dia memandang satu persatu wajah di hadapannya dengan marah.``Ini ke alasan yang you tak nak kahwin dengan I?Sebab dia ni?Who the hell are she..’’Jessica bersuara bongkak.``Jaga bahasa you Jess..’’ Riezman membantu Shahilla.``Uncle ini ke yang harus saya hadapi kalau saya kahwin dengan anak uncle yang bersikap buaya macam ni?Kejap dengan janda tu..now with her?’’Datuk Zamri menekan dadanya yang tiba-tiba rasa mencucuk.Riezman tidak sempat menyambut tubuh papanya yang rebah ke lantai.``Papa….Shilla please tolong I’’Riezman memangku papanya.Dia memandang tajam ke arah Jessica yang kelihatan pucat dan bingung.``I blame you for this.’’Riezman mengancam.``Dan I tak akan maafkan you kalau terjadi apa-apa pada papa I.’’Shahilla turut mengipas Datuk Zamri.Jessica sudah terduduk di kerusi dan mula teresak meminta maaf.
       ``I dah call ambulance.Kita tunggu saja.’’Shahilla memandang Jessica yang tampak terkejut dengan apa yang berlaku.Walaupun geram dengan perempuan itu namun dia juga bersimpati padanya.Mungkin kerana cinta boleh membuat manusia buta dan cepat membuat kesilapan.Jessica didekati.``Baik you balik untuk tenangkan diri.Riezman pun tengah risau.You datang lain kali jer.Riezman pun tengah marah tu..’’Jessica  yang tunduk mendongak.``Riezman I minta maaf..’’Riezman tidak bersuara.Dia geram dan marah dengan sikap Jessica yang suka terburu-buru.Jessica melangkah pergi dengan rasa hiba dan malu.Hiba kerana membuatkan Datuk Zamri pengsan dan malu dengan pandangan staff di situ.
Datuk Zamri masih tidak sedarkan diri walaupaun sudah sampai ke bilik kecemasan.Riezman cukup bimbang   memikirkan keadaan papanya.Shahilla tetap setia di sisi.Doktor yang keluar terus diserbu dengan pertanyaan.
        Terduduk Riezman sebaik saja menerima keadaan papanya.Shahilla mengucap sabar.Mereka dibenarkan masuk sekejap.Riezman memandang papanya yang koma akibat tekanan darah tinggi yang dialami.Dia memikirkan keadaan papanya yang strok bila sedarkan diri nanti.Riezman buntu.Kasih memerhati dari luar cermin.Dia bergegas ke hospital sebaik saja Susan menelefonnya.Di sisi Riezman Shahilla memeluk Riezman erat.Kasih senyum pahit.Terasa diri tidak diperlukan.Kasih mengetap bibir.
Dia ke kaunter dan bertanyakan keadaan Datuk Zamri pada jururawat yang bertugas.Patutlah Riezman tampak sedih dan lemah.Mungkin Shahilla cuma menenangkannya.Belum sempat Kasih menuju ke pintu bilik Datuk Zamri,dia melihat kelibat Jessica.Kasih menyorok di balik pintu.Dan dari luar cermin bilik itu,Datuk Zamri yang sudah sedarkan diri itu,bersusah payah menyatukan tangan Riezman dan Jessica.Riezman turut mengangguk.Kasih terasa dadanya sebak.Dari Susan juga dia mendapat tahu punca sebenar Datuk Zamri pengsan.Dan Susan yang secara tidak sengaja terdengar butir-butir bicara Datuk Zamri yang hanya hendak bermenantukan Jessica dan pernikahan yang dirancang pada hujung bulan itu juga turut disuarakan.Terasa kabur pandangan dek linangan airmatanya.Kasih terus saja berlalu.Telefon bimbit yang tertera nama Riezman tidak diangkat.Hatinya mula resah dan keliru.Apakah ini satu lagi dugaan yang harus ditempuhnya?
           Adakah dia perlu rela menerima perempuan lain di dalam hidup Riezman.Terbayang wajah Zaman yang terasa mengejeknya.Riezman teraba-raba mencari suis lampu.Sebaik saja lampu terpasang,dia menggeleng melihat Kasih yang terbaring di sofa.Terasa aman melihat wajah yang dirinduinya.Dahi Kasih dikucup lembut.Kasih membuka mata.``Kenapa tidur dalam gelap?’’Kasih tersenyum.``Badan rasa tak sihat.Macam mana dengan papa abang?Susan telefon bagi tau yang papa abang pengsan dekat office.Sayang nak pergi tapi badan rasa tak sedap.’’Kasih berbohong untuk melihat reaksi suaminya.``Papa dah sedar. Tapi papa kena strok.’’Riezman memeluk Kasih.``Maafkan sayang sebab biarkan abang seorang temankan datuk.’’Ujar Kasih lagi.Riezman senyum pahit.Bagaimana reaksi Kasih kalau dia tahu Shahilla dan Jessica ada di hospital.Demi menjaga hati Kasih,Riezman mengelak.``Abang tak kisah…Sayang kan tak sihat?Dah makan?’’Kasih senyum pahit.Dia tahu Riezman mengelak.Dia tidak suka Riezman berbohong.
         ``Belum.Tunggu abang.’’Ujar Kasih.``Kita makan sayang.’’Kasih terus bangun melangkah ke dapur.Sepanjang masa makan masing-masing diam.Sama juga keadaannya di ruang tamu.Mereka saling tidak berbicara.Namun Riezman tetap memeluk erat tubuh isterinya itu.Keduanya terlelap di  sofa. Esoknya Kasih bangun awal untuk memulakan kerjanya.Riezman sudah pun bergegas ke hospital kerana Datuk Zamri kembali koma.Kasih tiba di pejabat awal.Ain mula bercuti untuk persiapan majlisnya. Terasa sepi.Kasih mengeluh.Dia memandang bilik Riezman yang kosong.Riezman masih belum sampai.
Semasa mengemas fail yang berselerak matanya terpandang akan kad jemputan.Terasa hilang semangatnya tika itu.Kasih sebak.Fail dibiarkan kembali berselerak.Dia tidak mahu Riezman tahu yang dia melihat kad jemputan itu.Kasih terus keluar.
        Di luar dia bertembung dengan Shahilla.Shahilla menyapanya lembut.Kasih memicit dahinya yang mula berdenyut.``You ok ke Kasih?Kalau tak sihat you balik sajalah.Nanti I inform Riezman.’’Shahilla bersuara.Kasih mengangguk.Dia mencapai beg tangan dan berlalu.Kereta diberhentikan di taman pertemuannya dengan Riezman .Tempat kebiasaannya dengan Riezman beriadah.Kasih duduk di dalam pondok sambil memerhati anak-anak ikan yang berenang.Melihat kehijauan taman menenangkan dirinya seketika.Kasih menarik nafas lembut.Dia menuju ke Klinik Wong apabila terasa kepalanya kembali berdenyut.
         Riezman memerhati kerusi Kasih yang kosong.``Wife you I dah pos balik.Dia macam tak sihat.’’Riezman menoleh.Shahilla tersenyum.``Father you  macam mana?’’Riezman menggeleng.``Koma balik.Semalam dia di serang angin ahmar.I bingung dan buntu.’’Riezman menarik nafas berat.``I Cuma boleh bagi tahu you,apa jua yang bakal you lakukan I akan support.Tapi,you kena jaga perasaan wife you jugak.Dia macam lost tau.Susah I nak terangkan.You tak call dia ke?You pun kena bagi tahu dia.Dia berhak.I nak pergi meeting dengan klien.Good luck.’’Shahilla berlalu.Riezman menelefon Kasih,namun Kasih tidak menjawab panggilannya.
        Riezman terus bergegas pulang ke rumah Kasih.Dari jauh,Riezman melihat Zaman memegang tangan Kasih erat.Dia diserang rasa cemburu yang meluap.``Zaman!’’Kasih tersenyum melihat suaminya. Ada khabar gembira yang ingin disampaikan pada suaminya.Zaman menghulurkan salam,namun Riezman dengan cepat menumbuk pipinya.Kasih terkejut dan menjerit menghalang Riezman dari bertindak lebih kasar.Kasih menyuruh Zaman pergi.Riezman memandang tajam ke arah Kasih.                
         Kasih duduk di sebelah suaminya itu.Riezman mendengus kasar.``Selalu ke jantan tu datang ke mari?Awak tu isteri orang..bukan janda lagi.Jangan rendahkan harga diri awak tu depan bekas awak tu pulak.Mesra awak layan dia? Dasar bekas..’’Riezman terasa pipinya perit menerima tamparan Kasih.Wajah Kasih merah padam.Matanya berair.``Memang saya bekas janda….Sebelum kita kahwin saya dah ingatkan abang yang kahwin dengan janda seperti saya ni tak ada gunanya.Abang boleh kahwin dengan bekas tunang abang tu.Silakan.Saya tak ada hak untuk menghalang.’’Kasih terus berlalu meninggalkan Riezman.Riezman baru tersedar dengan kata-katanya.Kasih menangis di bilik sepuasnya. Riezman tetap di situ menyesali keterlanjuran bicaranya tadi.Sepanjang malam Kasih mengurungkan diri di dalam biliknya.Riezman sudah menyediakan makan malam untuk memujuk isterinya.Kasih mendengar ketukan di pintu.Riezman mengajaknya makan.Mulanya ingin menolak,namun memikirkan ada nyawa yang baru hadir di dalam rahimnya,kasih terus membuka pintu.Riezman senyum pahit memandang wajah Kasih.Kasih mengelak bila Riezman ingin menyentuh tangannya.Tanpa menunggu Riezman dia terus turun.Hidangan sudah tersedia di atas meja.Riezman mencedok nasi dan menghulurnya pada Kasih.Kasih makan tanpa menghiraukan Riezman yang sedang memerhatikannya.Terasa tekaknya mula loya.Kasih bergegas ke sinki dan memuntahkan segala isi di dalamnya.Riezman mengurut belakang Kasih lembut.``Kita pergi ambik ubat.Perut sayang kosong.Mungkin kena gastrik.’’Ujar Riezman.

      Kasih mendiamkan diri.``Sayang berehat dulu.Biar abang yang kemaskan.’’Kasih terus berlalu.Dia memang ingin mendera Riezman atas keterlanjurannya tadi.Kasih duduk sambil menatap majalah wanita di depannya.Riezman menjerit dari arah dapur.Kasih bergegas ke dapur.Riezman memegang dahinya. Ada benjolan kecil di dahi Riezman.Kasih memandang kosong dan terus berlalu.Sayu hati Riezman. Biasanya isterinya itu pantang melihat dia kesakitan.Begitu terasa Kasih dengan bicaranya tadi.Salah dia juga yang bertindak melulu tanpa usul periksa.Kasih tetap dengan majalah di tangannya walaupun Riezman duduk di sebelahnya sambil menggosok dahinya.    
     Riezman baring di riba Kasih tanpa segan dan memeluk Kasih erat.Kasih menarik nafas.Terasa basah baju Kasih.Kasih menelan liur.Riezman menangis?``Tolong maafkan abang.Abang perlukan sayang untuk melalui hidup abang yang tak bermakna ni.Abang perlukan Kasih untuk meringankan beban yang abang tanggung.Abang perlukan sayang.’’Riezman tetap memeluk erat tubuh Kasih.Kasih mengetap bibir.``Kasih boleh maafkan abang,tapi Kasih tetap terasa dengan kata-kata abang tadi.Abang macam menyesal kahwin dengan kasih.’’Riezman menggeleng.``Abang tak pernah menyesal kahwin dengan sayang.Abang yang tak tahu menjaga hati sayang.Abang yang salah.’’Riezman mengucup dahi Kasih.
Kemudian singgah di bibir isterinya.``Abang sayangkan sayang.’’Riezman melepaskan kucupannya.
``Jangan katakan sayang bila mana abang tak percayakan isteri abang.’’Kasih terus bangun.Riezman menurut langkah Kasih.Sebaik saja Kasih merebahkan diri,Riezman turut baring di sebelah isterinya itu.
       Kasih membiarkan saja Riezman memeluknya erat.Dia terus memejamkan matanya.Riezman masih melayan perasaan.Perasaan menerima layanan dingin seorang isteri.Lama dia mengelamun dan tidak sedar bila matanya terpejam.Riezman bangun bila terdengar Kasih keluar dari bilik air.Muka Kasih pucat menahan sakit.Riezman tergesa-gesa mendekati dan tersadung kaki katil menyebabkan dia tersembam kuat.Kasih menjerit terkejut melihat darah menitis dari hidung suaminya.Riezman senyum menahan sakit.
Kasih cepat-cepat mengelap hidung suaminya.``Abang ni gopoh sangat tau.’’Kasih mengomel tanpa sedar Riezman tersenyum memandangnya.``Boleh pulak senyum?’’Kasih menyapu krim ke hidung suaminya itu.``Kalau luka kecil ni boleh membuatkan sayang bersuara,seribu kali abang sanggup hadapi luka..’’Ujar Riezman.``Abang ingat romantik ke ayat abang tu?Buat terasa  diri ni penyebab abang kecederaan abang pulak…’’Ujar Kasih marah.Riezman diam.Rajuk Kasih masih belum reda lagi.
       ``Sayang nak mc hari ni…Tak larat rasanya.’’Kasih mula merebahkan diri ke tilam.Riezman mendekati.``Kita pergi jumpa doktor nanti.’’Riezman mengelus mesra rambut Kasih.Kasih senyum pahit.
``Abang tidurlah.Salah makan je.’’Kasih masih ingin menyembunyikan kehamilannya kerana masih keliru dengan status mereka di mata Datuk Zamri.Riezman mengangguk.Kasih menarik nafas lega.Biarlah dia tunggu masa yang sesuai untuk memberitahu Riezman.Riezman kembali melelapkan mata.Kasih mengucup tangan suaminya tanda maaf.dia terpaksa berbohong kerana takut dirinya akan terluka.Takut dengan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.Riezman tersenyum kerana menyangka Kasih mula memaafkannya.Dia terus lena.Esok bakal menentukan jalan hidupnya.Dia akan berterus terang dengan papanya walaupun ketika papanya masih dalam keadaan koma.Dia sayangkan Kasih.Tak mampu untuk dia menduakan kasih sayang isterinya itu.
          Awal pagi Kasih bangun dan menyiapkan sarapan untuk Riezman.Awal pagi juga dia keluar menuju ke hospital melawat Datuk Zamri.Kasih menarik nafas sebelum masuk ke bilik Datuk Zamri.Demi terpandang wajah pucat Datuk Zamri,Kasih secara tiba menitiskan airmata.Dia memegang tangan Datuk Zamri erat.``Assalammualaikum datuk.Kasih minta maaf datang tanpa diundang.Maafkan Kasih.Kasih akan pergi dengan kenangan manis Riezman yang sedang bercambah dalam rahim Kasih.Maafkan Riezman datuk.Sayangnya pada kita berdua  sampai Riezman merasa terbeban.Biar saya aje yang beralah… Saya tahu datuk nak jodohkan Riezman dan Jessica.‘’Menitis airmata Kasih.Kasih berlalu meninggalkan bilik Datuk Zamri.Lima belas minit Kasih meninggalkan bilik itu Riezman tiba bersama Shahilla yang kebetulan melawat papanya.Kasih memerhati dari jauh.Sebak lagi hatinya.Dia terus berlalu dan tidak menoleh lagi.
          Riezman terkejut melihat papanya mengalirkan airmata.Strok membuatkan butir bicaranya susah untuk difahami.Mulutnya sedikit herot.``Papa..’’Riezman memasang telinga.Cuma perkataan cucu dan nama Kasih yang didengari Riezman.Airmata Datuk Zamri makin deras mengalir.Shahilla yang dari tadi diam mencelah.``Kasih mungkin ada datang tadi sebelum kita.Cucu?Ada kemungkinan tak wife you pregnant Kimi?’’Shahilla menduga.Datuk zamri menjerit kejar.Tanpa kata Riezman menyusul keluar.Dia memandu tanpa arah tuju.Di rumah pun Kasih tiada.Riezman terduduk di kerusi.Betul ke Kasih mengandung.Dia teringat akan keadaan Kasih dalam tiga hari yang cukup tidak sihat dan muntah-muntah.Riezman menepuk dahi.Kenapa dia tak pernah terfikir sebelum ini.Riezman menunggu sampai malam.Kasih mesti pulang juga ke rumah.
                                                           ****************************
           Kasih tersenyum melihat karenah tiga insan di depannya.Cukup membuatkan dia terhibur.
Dia menoleh ke arah tasik di depannya.Dia leka dalam ketenangan air tasik di depannya.Usapan lembut di bahunya mengejutkan Kasih.Riezman senyum.``Teringat kisah lama?’’Usik Riezman.Kasih gelak kecil.
``Zarra dan Zerri dah penat dah tu.Mama tengah melayan perasaan kat sini sorang-sorang.”Putera puteri mereka sibuk mengusik datuknya yang sedang duduk di bangku belakang mereka.Sesekali kedengaran gelak Datuk zamri melayan cucunya.Kuasa Allah,Datuk Zamri boleh berjalan semula walaupun bertongkat.Ain sudah berhijrah ke Perlis mengikuti suaminya bertugas di sana.Jessica membawa diri ke Australia.Shahilla masih belum berteman lagi kerana sentiasa sibuk dengan bisnes keluarganya.Shahilla sering kali melawat mereka.Mulanya Kasih cemburu,namun dia tahu cinta Riezman untuknya.
         Riezman tersenyum memandang Kasih.``Kenapa?’’Tanyanya hairan.``Terima kasih sayang kerana melahirkan putera puteri untuk abang.Dan yang ini memang patut abang utarakan dulu.Terima kasih kerana sayang sudi menumpangkan abang untuk berteduh di bawah lembayung kasih sayang.’’Kasih senyum tatkala Riezman mengucup erat tangannya.Datuk Zamri menjerit kecil mengajak mereka pulang.Sejak Kasih melahirkan kembar,Datuk Zamri memutuskan untuk tidak berhijrah ke Kanada.Dia seronok melayan cucu-cucunya.Berkat kesabaran Kasih menempuh dugaan,dia dikurniakan lempahan kebahagiaan yang tak terhingga.Senja kian berlabuh dan semakin menutup tirai cahaya.Namun cahaya hidup Kasih sentiasa bersinar dengan kasih dan sayang suami,anak-anak dan mertuanya………….




                                                                        TAMAT
P/S:Ada banyak moral yang saya tekankan di sini.Bila menyayangi seseorang,mulakan dengan ikatan     
       yang sah.Kerana dugaan yang kita tempuh itu terlalu banyak.Bersabar dalam menempuh dugaan     
       yang diberikanNya pasti ada hikmah di sebaliknya.Tidak selama mana kita akan berduka atau 
       bahagia.Kasihi insan-insan di sisi kita sementara kita masih diberi peluang untuk mengasihi mereka.
       Jangan berbahagia di atas kedukaan orang lain agar hidup kita sentiasa diberakati olehNya.



(Dayang Esah Tandang Sari)

0 0 Orang Yang Berani Bercakap:

Post a Comment

Nukilan Ku. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Powerade Coupons